• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Kendali Skim Pelaburan Palsu Ditahan

oleh AK-47
17/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai antara suspek utama dalam penipuan skim pelaburan ‘Crude Palm Oil’ melibatkan kerugian RM31 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata suspek lelaki berusia 35 tahun itu telah ditahan di sebuah kawasan perumahan di ibu kota pada pukul 6 petang semalam.

“Turut dirampas lima kenderaan mewah termasuk dua buah motosikal berkuasa tinggi bersama geran tanah dan wang tunai sebanyak RM53,035.

“Lelaki ini berperanan sebagai pengendali akaun syarikat pelaburan itu dan juga merupakan anak kepada suspek utama,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Acryl Sani berkata pihaknya telah menerima sebanyak 248 laporan polis berhubung skim pelaburan terbabit.

“Berdasarkan siasatan, syarikat yang telah beroperasi sejak awal tahun lepas itu mendakwa menjalankan pelaburan berasaskan jual beli minyak kelapa sawit denganmenawarkan empat pakej pelaburan.

Selain itu, syarikat itu turut menjanjikan keuntungan sehingga 30 peratus dan bayaran dividen setiap 12 hari bekerja setiap bulan.

Menurut Acryl Sani, pada peringkat awal, syarikat terbabit telah membayar dividen seperti yang dijanjikan.

Namun, syarikat itu ditutup dan anggota lembaga syarikat melarikan diri selepas kebanyakan pelabur membuat penambahan pelaburan dalam jumlah yang besar.

Acryl Sani berkata lelaki terbabit direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. – BERNAMA

Tags: Skim Pelaburan Palsu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Jururawat Rugi RM1.9 Juta Diperdaya Skim Pelaburan Palsu

Pesara Jururawat Rugi RM1.9 Juta Diperdaya Skim Pelaburan Palsu

04/09/2024
0

ALOR SETAR: Seorang pesara jururawat berusia 76 tahun kerugian lebih RM1.9 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud. IKUTI...

Pengasas JJ Poor To Rich Ditahan Polis

17/05/2017
0

GEORGE TOWN - Polis telah menahan Pengasas JJ Poor To Rich (JJPTR) Johnson Lee dan dua orang kanannya di Petaling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd