• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Hina Pemimpin Negara Di Laman Sosial Ditahan

oleh AK-47
11/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 48 tahun ditahan di Klang, Selangor hari ini kerana disyaki melakukan penghinaan terhadap pemimpin negara melalui laman sosial.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohd Sukri Kaman berkata pihaknya menahan lelaki berkenaan kira-kira 3.15 petang serta merampas telefon bimbit dan simkad.

“Lelaki itu mengaku menggunakan telefon bimbit dan menghina kerajaan di laman sosial Facebook,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Sukri berkata sebelum itu, satu laporan polis terhadap lelaki berkenaan dibuat orang awam pada Rabu lepas selepas gambarnya memakai baju dan memegang kertas tertera tulisan menghina pemimpin negara menjadi tular di laman sosial.

Katanya, lelaki berkenaan direman selama empat hari sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia. – BERNAMA

Tags: ACP Mohd Sukri Kaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

7 Ditahan Terlibat Sindiket Pinjaman Tak Wujud

01/08/2017
0

KUALA LUMPUR - Polis berjaya menyelesaikan 55 kes penipuan pinjaman di seluruh negara melibatkan kerugian dianggarkan RM220,000 dengan tertangkapnya tujuh individu yang dipercayai  terlibat dalam sindiket itu di sebuah kondominium di Cheras, di sini Jumaat lepas....

6 Ditahan Dalam Kes Tetak Lelaki Dengan Parang

07/06/2017
0

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berusia 22 tahun cedera di kepala selepas ditetak dengan parang dalam pergaduhan di Jalan Masjid...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd