• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 800 Anggota PPBM Di Seluruh Negara Keluar Parti

oleh AK-47
19/04/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejumlah 821 anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di seluruh negara hari ini mengumumkan keluar parti kerana PPBM dilihat tiada hala tuju yang jelas dalam membela rakyat.

Perkara itu dinyatakan oleh Kamarul Azman Habibur Rahman hari ini semasa mengumumkan keluar PPBM dan melepaskan semua jawatannya dalam parti iaitu sebagai Setiausaha Kerja, Setiausaha Penaja, Pengerusi Perhubungan Negeri Sembilan dan anggota Majlis Kerja Tertinggi..

“PPBM di bawah kepimpinan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, hanya berminat untuk menyerang dan menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan tiada agenda yang lebih bermanfaat kepada negara.

“Saya mengumumkan keluar parti dan melepaskan semua jawatan yang dipegang dalam PPBM,” katanya pada sidang media di sini.

Kamarul berkata PPBM menghadapi masalah dalaman dan tidak ditangani dengan berkesan malah kepimpinan tertinggi parti itu tidak mahu mendengar dan menerima pendapat dan cadangan daripada anggota PPBM.

“PPBM tidak akan menang dalam pilihan raya umum akan datang kerana tiada kekuatan berbanding Barisan Nasional (BN) dan parti pembangkang yang lain.

“Saya keluar parti kerana kecewa dengan sikap beberapa individu dalam PPBM yang hanya mementingkan diri sendiri dan mempunyai agenda tertentu sahaja dan bukannya membela rakyat dan menyumbang kepada negara,” katanya.

Kamarul berkata beliau akan mengaktifkan semula Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) dan menjadikannya sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan untuk memberi kritikan dan memberi teguran kepada UMNO dan PPBM. GKCM telah diwujudkan pada 2015. – BERNAMA

Tags: Kamarul Azman Habibur RahmanPPBM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jupe Demam, Tidak Berpeluang Mengundi

Next Post

Netizen `Serang’ Facebook Zairil, Dyana Sofya

Related Posts

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

Fahami Dendam Membara PPBM

30/01/2022
0

Tiada apa perlu dihairankan berhubung ugutan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap UMNO. Memang begitulah...

Next Post

Netizen `Serang' Facebook Zairil, Dyana Sofya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd