• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Larian Obor KL 2017 Diteruskan Pada Ramadan

oleh AK-47
07/04/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Acara Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) sempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN kesembilan tetap akan diteruskan ketika bulan Ramadan ini.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata selain menukar waktu larian dari pagi ke petang, penganjur juga mempertimbangkan untuk melaksanakan acara berkenaan pada sebelah malam.

“Kita tidak akan hentikan acara larian obor walaupun pada bulan puasa… kita ubah sedikit mungkin buat larian pada waktu petang dan berhenti sebentar untuk berbuka puasa.

“Kita hormati sensitiviti bulan puasa dan kemungkinan juga akan pertimbangkan larian pada waktu malam khususnya di kawasan ikonik yang telah dikenal pasti di setiap negeri,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Larian Obor KL 2017 sempena Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN di sini hari ini.

Khairy berkata acara Larian Obor itu meliputi pelbagai gimik yang menarik dan berbeza bagi setiap negeri.

Antaranya obor dibawa mendaki Gunung Kinabalu di Sabah, ke Taman Negara Mulu, berenang dari Pulau Jerjak di Pulau Pinang, terbang ke udara melalui Wau Bulan Besar di Kelantan, menyelam di Pulau Perhentian, Terengganu, menaiki paragliding di Bukit Jugra, Selangor, dan terjun secara ‘base jump’ di Menara Kuala Lumpur.

Katanya sebagai simbolik kepada penganjuran Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN kesembilan, seramai 29 pelari utama termasuk sembilan pelari Orang Kelainan Upaya (OKU) akan mengetuai larian itu di setiap lokasi berbeza.

“Kita ambil atlet yang terlibat pada Sukan SEA, atlet pelapis, atlet peringkat sekolah…juara MSSM, MSSD dan sebagainya.

“Mereka yang dipilih menjadi pembawa obor boleh bawa kawan-kawan dan bahagikan segmen larian. Ini saat yang sangat istimewa bagi yang berminat jadi pembawa obor tersebut,” katanya.

Beliau berkata Larian Obor itu diharapkan dapat menjadi pembakar semangat kepada kontinjen negara dan rakyat Malaysia menjelang Sukan SEA pada 19 hingga 31 Ogos ini.

Acara Larian Obor akan bermula 14 Mei dari Johor dan berakhir 12 Ogos di Kuala Lumpur merangkumi 13 negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Kuala Lumpur, dengan laluan sejauh 665.33km.

Orang ramai yang berminat menyertai Larian Obor KL 2017 dan menjadi pembawa obor boleh mendaftar di www.kualalumpur2017.com.my, bermula hari ini. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinLarian Obor KL 2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Takiri menyifatkan gagasan 'Rumah Bangsa' sebagai langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd