• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Bedah Siasat Thaqif Amin Dalam Masa 2 Minggu

oleh Ahmad Albab
27/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Laporan bedah siasat kematian Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi mungkin akan diketahui dalam tempoh dua minggu lagi, kata Pengerusi Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri, Datuk Ayub Rahmat.

Beliau berkata ini berikutan pihak hospital perlu meneliti terlebih dahulu bentuk masalah dan kesan fizikal yang ada pada tubuh jenazah.

“Akan ambil masa sikit, mungkin dalam masa dua minggu. Itupun,bergantung kepada kesediaan pihak hospital, polis dan sebagainya untuk mempercepatkan proses.

“Seperti yang disebut semalam, sebelum proses bedah siasat dilakukan, pihak doktor telahpun menemuramah ibu bapanya, menanya apakah siasatan polis dan merujuk kepada doktor yang menjaganya tentang apakah rekod-rekod kesihatan yang ada,” katanya kepada pemberita.

Beliau merasmikan Program Promosi Kesihatan Pergigian dan Pelancaran Carta Flip Bahasa Isyarat Kesihatan Pergigian bagi golongan berkeperluan khas (pendengaran) peringkat negeri di sini hari ini.

Ayub berkata laporan itu turut akan mengambil kira pandangan ibu bapa serta kondisi jenazah pelajar tahfiz berusia 11 tahun ini..

“Apabila sudah dibuat pengkiraan, barulah tindakan diambil bagi mencari kebenaran apakah sebab munasabah di sebalik perkara ini,” katanya.

Mohamad Thaqif Amin yang dipotong kedua belah kaki hingga paras paha akibat dijangkiti kuman meninggal dunia petang semalam di Hospital Sultan Ismail di sini Rabu.

Dia dilapor mengalami masalah kesihatan susulan dipukul warden asrama sekolah tahfiz persendirian tempatnya belajar.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi tengah malam tadi. – BERNAMA

Tags: Mohamad Thaqif Amintahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pukul Ustaz Di Pusat Tahfiz, 3 Suspek Direman 4 Hari

Pukul Ustaz Di Pusat Tahfiz, 3 Suspek Direman 4 Hari

14/08/2022
0

Kuala Lumpur : Tiga lagi suspek yang ditahan semalam, berhubung kes serangan terhadap seorang ustaz di sebuah pusat tahfiz di...

Tukang Cuci Dilantik Imam Masjid

23/11/2019
0

DOHA - Siapa sangka seorang tukang cuci masjid diangkat martabatnya sebagai imam di sebuah masjid di Doha, Qatar kerana memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd