• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kukuh Kerjasama Malaysia, UK Tangani Ektremisme

oleh AK-47
06/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia dan United Kingdom berminat untuk mengukuhkan lagi kerjasama untuk memerangi keganasan dan ekstremisme.

Rundingan antara Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Menteri bagi Asia dan Pasifik United Kingdom, Alok Sharma, di sini hari ini tertumpu bagi mengukuhkan lagi kerjasama mengekang keganasan dan ekstremisme.

Ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat setengah jam antara kedua-dua mereka, Nur Jazlan berkata kerjasama antara Malaysia dan UK telahpun sedia terjalin antara pasukan keselamatan kedua-dua negara tentang bagaimana untuk menangani keganasan antarabangsa.

“Malaysia bersedia untuk berkongsi pengalaman dan mencontohi UK dalam pelaksanaan program deradikalisasi untuk menangani keganasan serta program pemulihan anggota ekstremis,” katanya.

Nur Jazlan juga sekali lagi memberi jaminan keselamatan kepada kira-kira 50,000 warga Britain yang sama ada melawat atau bekerja di Malaysia dan menggesa rakyat Britain itu supaya jangan bimbang terhadap laporan negatif dalam media mengenai keselamatan negara.

Sharma, yang tiba di Malaysia semalam untuk lawatan dua hari tertumpu bagi memerangi keganasan, menjalin kerjasama keselamatan dan hubungan perniagaan, berkata UK dan Malaysia merupakan rakan global dalam keselamatan dan berkongsi kepentingan dalam menangani ancaman pengganas.

“Malaysia ialah rakan utama UK untuk mengekang aktiviti ekstremisme di Asia Tenggara memandangkan ia terletak di lokasi strategik di rantau ini sebagai sebuah negara Islam yang moden lagi berpendirian sederhana,” katanya.

Sharma menegaskan bahawa Malaysia dan UK menjalin perkongsian pelbagai dimensi yang kukuh dalam perdagangan, hak asasi manusia dan pendidikan di samping berkongsi idea mengenai penganjuran Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).

UK akan menganjurkan CHOGM pada 2018 sementara Malaysia akan menjadi hos pada 2020. – BERNAMA

Tags: Alok SharmaDatuk Nur Jazlan Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Zero To Hero’ Pembimbing Rakan Sebaya Hindar Dadah

27/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Program ‘Zero to Hero’ yang dilaksanakan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) akan melahirkan kader baharu di kalangan...

Permohonan Taraf Warganegara Proses Rumit

20/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Permohonan taraf kewarganegaraan terutama penduduk di Sabah dan Sarawak perlu diteliti dengan terperinci dan berdasarkan kes demi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd