• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KTMB Digesa Jalin Kerjasama Tingkat Perkhidmatan

oleh AK-47
11/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) perlu menjalin kerjasama dengan pihak lain bagi mengembangkan perkhidmatan khususnya pengangkutan kargo ke selatan Thailand, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Wira Othman Aziz.

Beliau berkata KTMB perlu menawarkan perkhidmatan ‘lokomotif sewa khas’ dan ‘wagon’ bagi membawa kargo dari Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) ke Padang Besar seterusnya ke selatan Thailand.

“Perkhidmatan pengangkutan rentas sempadan import dan eksport dapat membantu mengembangkan Pelabuhan Pulau Pinang.

“Kita tidak mempunyai wagon dan lokomotif yang cukup… KTMB perlu kaji semula perancangan perniagaan mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Tren Sewa Khas ke 200 Perkhidmatan Intermodal Trili Maju Sdn. Bhd. (TMSB) di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi KTMB, Datuk Nawawi Ahmad; Pengerusi TMSB, Mohamed Ali Abdul Samad dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq.

Othman berkata kerajaan melihat perkhidmatan pengangkutan amat penting terutamanya jumlah kargo di Padang Besar berpotensi mencecah 400,000 TEU (unit bersamaan dua puluh kaki), bagaimanapun setakat ini KTMB hanya mengendalikan 240,000 TEU sahaja.

Justeru, beliau berkata kerjasama antara KTMB dan TMSB dilihat mampu meningkat pengurusan import dan eksport dalam skop yang lebih luas. – BERNAMA

Tags: Datuk Wira Othman AzizKTMB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

21/02/2026
0

JOHOR BAHRU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel sepanjang kira-kira 250 meter di laluan Kempas Baru–Kulai...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd