• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Sahkan Pasar Raya Aeon Ditutup Akibat Tikus

oleh
04/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahagian barang runcit Pasar Raya Besar Aeon, One Utama, Petaling Jaya, Selangor ditutup kerana kehadiran tikus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bahagian barang runcit pasar raya tersebut ditutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 pada 31 Mac lepas untuk tempoh 14 hari.

“Premis tersebut bagaimanapun boleh beroperasi semula lebih awal sekiranya pemeriksaan semula kebersihan premis oleh KKM mencapai tahap memuaskan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Berita mengenai penutupan bahagian barang runcit pasar raya terbabit menjadi tular di media sosial beberapa hari lalu dengan satu rakaman video menunjukkan seekor tikus berada di atas rak yang menempatkan minuman.

Baca: Video Tikus Rehat Sebentar Di Aeon Bandar Utama

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata bahawa pihak KKM sentiasa menjalankan pemeriksaan terhadap premis perniagaan makanan secara rutin.

Beliau berkata dari tahun 2012 hingga 2016, penguat kuasa KKM telah menjalankan sebanyak 635,439 pemeriksaan ke atas premis makanan di seluruh negara.

“Hasil pemeriksaan sebanyak 15,731 premis makanan tidak bersih telah ditutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 termasuk kerana kehadiran tikus,” kata Noor Hisham.

Di samping itu ujar beliau lagi, sejak Julai 2013 hingga 2016 sebanyak 24,266 kompaun telah dikeluarkan terhadap pengusaha makanan yang gagal mematuhi keperluan kebersihan makanan.

KKM namun akan meneruskan pemeriksaan premis makanan bagi memastikan kebersihan dan keselamatan makanan malah memandang serius semua perkara berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.

Pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq, jika terdapat sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.

Tags: AEONKKMtikus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd