• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KFA Kenal Pasti Jurulatih Ganti Tan Cheng Hoe

oleh Ahmad Albab
12/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) telah mengenal pasti beberapa nama yang bakal menggantikan ketua jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe yang telah melepaskan jawatannya itu.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata mereka terdiri daripada kalangan jurulatih bola sepak tempatan dan luar negara.

“Setakat ini ada dua tiga nama yang kami tengah bincang iaitu terdiri dari warga tempatan dan luar negara untuk menggantikan Cheng Hoe, namun nama mereka tidak perlu kita sebut lagi,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Darulaman di sini, hari ini.

Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar berkata setakat ini rundingan bersama mereka sedang berlangsung dan jika sudah diputuskan ia akan diumumkan nanti.

Sementara itu, Ahmad Bashah berkata buat masa ini KFA belum membuat keputusan untuk melepaskan Cheng Hoe.

Pada masa sama, Ahmad Bashah mahu pelantikan jurulatih baharu diputuskan segera sebelum Cheng Hoe mula bertugas sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan.

“Kita memang tidak menegah dia nak pergi kerana mungkin ada tawaran yang lebih baik dari segi masa depan dia, …tapi yang penting kita kena tengok juga pemain ataupun pasukan Kedah selepas itu,” ujar beliau.

Dalam pada itu Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata isu ini dijangka selesai pertengahan Mei ini.

“Tak mungkin perkara ini akan berlanjutan hingga akhir musim sebab presiden pun faham keperluan di peringkat kebangsaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tan Cheng Hoe
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Piala Suzuki AFF: Cheng Hoe Gesa Tiada Kesilapan Mudah Bertemu Vietnam

12/12/2021
0

KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, menuntut pemain negara agar tidak melakukan kesilapan mudah sewaktu berdepan Vietnam dalam aksi...

FAM Beri Bayangan Positif Status Kontrak Cheng Hoe

16/12/2018
0

SEPANG – Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi memberi bayangan positif mengenai kedudukan Tan Cheng...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd