• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Tibi Di Sabah Meningkat Tahun Lepas

oleh Ahmad Albab
02/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Sebanyak 4,953 kes Tibi dikesan di negeri ini tahun lepas, meningkat 489 kes berbanding tahun 2015 yang mencatatkan 4,464 kes, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr. Christina Rundi.

Beliau berkata pelbagai aktiviti kawalan Tibi telah dan sedang dilaksanakan, bagaimanapun masih ramai penduduk di negeri ini dikesan menghidap Tibi setiap tahun.

Sokongan padu daripada semua pihak termasuk masyarakat umum sangat diperlukan untuk membanteras penyakit Tibi, katanya pada sambutan Hari Tibi Sedunia peringkat negeri dan Kem Nak Sihat peringkat deerah Sandakan yang disempunakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah di sini, hari ini.

Menurutnya penyakit Tibi disebarkan melalui udara apabila seseorang pesakit yang telah dijangkiti, batuk atau bersin.

Katanya Tibi tidak mudah untuk dicegah dan dirawat menyebabkan penyakit ini merupakan antara penyebab utama kematian dalam kalangan penyakit berjangkit di negara ini.

Beliau berkata Tibi disebabkan sejenis bakteria yang mempunyai tempoh inkubasi yang panjang dan rawatannya akan mengambil tempoh sekurang-kurangnya enam bulan.

Sementara itu, Raymond dalam ucapannya berkata kesedaran awal mengenai tanda awal penyakit Tibi dalam kalangan masyarakat dapat membantu mencegah penularan penyakit ini.

Katanya pelbagai program pendidikan kesihatan mengenai penyakit Tibi telah dilaksanakan secara berterusan melalui penyebaran poster dan risalah kepada semua fasiliti kesihatan di negara ini.

Menurutnya kempen mengenai penyakit Tibi terus diperhebatkan supaya maklumat mengenai penyakit ini dapat dihayati oleh segenap lapisan masyarakat.

Beliau berkata Malaysia komited dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui ‘End TB Strategy’ iaitu menamatkan epidemik Tibi menjelang tahun 2035. – BERNAMA

Tags: SabahTibi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd