• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama Dalam Banteras Rasuah Alam Sekitar

oleh Ahmad Albab
19/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Susulan degradasi kualiti alam sekitar pada kadar yang membimbangkan di negara ini, pencinta alam sekitar mengalu-alukan usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam isu alam sekitar.

Pakar alam sekitar dan salah seorang pengasas Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Afandi Ahmad berkata langkah tersebut adalah satu permulaan baik untuk sesuatu yang lebih besar dan terdapat banyak aspek yang boleh diberi perhatian.

“Kami berterima kasih kepada SPRM kerana berbincang dengan pakar dan pencinta alam sekitar dan badan bukan kerajaan (NGO) bagaimana menangani rasuah melibatkan alam semulajadi,” katanya kepada Bernama ketika mengulas penubuhan Kokus Perlindungan Alam Sekitar dan Antirasuah (EPACC) di sini semalam.

Beliau berkata perubahan besar perlu dilakukan untuk menghentikan alam sekitar daripada digunakan sebagai ‘lombong emas’ kepada pihak-pihak tertentu.

“Terdapat banyak kelemahan sekarang. Sebagai permulaan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar perlu lebih tegas dan telus berhubung Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).

“Memang EIA perlu melalui banyak peringkat kelulusan tetapi malangnya ia boleh ‘dibeli’. Justeru, suatu pembaharuan menyeluruh diperlukan dalam sistem kelulusan laporan EIA, “katanya.

Menurut Eko-Manifesto 2013 yang ditandatangani oleh 23 NGO, kesemua telah bersetuju untuk mengisytiharkan ‘Eko-Kecemasan Nasional Mengenai Kemusnahan dan Degradasi Hutan’.

Menurut manifesto itu, kehilangan kawasan hutan semulajadi boleh disabitkan dengan aktiviti pembalakan komersil dan pembangunan ladang hutan mono-kultur serta perladangan tanaman tunai khususnya kelapa sawit.

Pembangunan ekonomi menerusi aktiviti yang tidak sihat telah menyumbangan kepada peningkatan trend tidak mampan, sekali gus mengancam ekosistem hutam di negara ini.

Statistik Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menunjukkan jumlah kawasan berhutan di Semenanjung Malaysia adalah sebanyak 5,901,389 hektar pada 2006 dan jumlah itu menurun kepada 5,784,870 hektar pada 2015.

Ia menunjukkan kadar dua peratus penyahhutanan atau kemerosotan jumlah kawasan berhutan sebanyak 116,516 hektar dalam tempoh 10 tahun.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, ketika dihubungi Bernama, mengalu-alukan jalinan rangkaian kerjasama strategik antara SPRM dan badan pencinta alam sekitar bagi membanteras rasuah dalam isu berkaitan alam sekitar.

Sambil menegaskan kementeriannya sentiasa memberi kerjasama penuh kepada SPRM dalam menyiasat kes rasuah membabitkan agensi dan jabatan di bawah kementerian itu, katanya, kerjasama itu dipertingkatkan dengan penubuhan Unit Integriti peringkat kementerian dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia pada 15 Feb 2014.

Dalam perkembangan berkaitan, Wan Junaidi berkata adalah tidak mungkin untuk pencinta alam sekitar menjadi sebahagian daripada pasukan penguatkuasaan kerana Akta Perhutanan Negara 1984 menyatakan hanya pegawai perhutanan yang diwartakan sahaja boleh menguatkuasakan peruntukan undang-undang akta tersebut.

“Bagaimanapun, dalam menggubal dasar, kerajaan mungkin mempelawa pakar dan pencinta alam sekitar untuk memberi input bagi meningkatkan kualiti urus tadbir menerusi pelbagai kerjasama strategik antara kedua-dua pihak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, yang mempengrusikan mesyuarat dengan kumpulan alam sekiar dan pihak universiti pada awal bulan ini, menegaskan bahawa sudah tiba masa untuk memberi lebih banyak tumpuan kepada isu-isu degradasi kualiti alam sekitar termasuk rasuah dalam isu alam sekitar.

“Langkah ini bagi membanteras dan menghentikan pembalakan tidak berlesen dan pemusnahan alam sekitar yang menyebabkan banjir kilat dan hakisan tanah,” katanya. – BERNAMA

Tags: alam sekitarSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

24/05/2026
0

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti...

Aktiviti Membabitkan Sumber Alam Perlu Dilaksana Secara Terkawal, Mematuhi Syarat – PMX Anwar

Aktiviti Membabitkan Sumber Alam Perlu Dilaksana Secara Terkawal, Mematuhi Syarat – PMX Anwar

08/05/2026
0

CEBU - Kerajaan Persekutuan tidak menolak keperluan negeri mencari hasil tambahan, tetapi ia perlu mengambil kira kepentingan alam sekitar, keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd