• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Usaha Wujud Lembaga Penilai Harta Intelek

oleh AK-47
17/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang berusaha menubuhkan Lembaga Penilai Harta Intelek bagi mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) untuk menilai harta intelek (IP) di negara ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Menyasarkan penubuhan lembaga itu selewat-lewatnya pada akhir tahun ini, beliau berkata lembaga itu berperanan mengesahkan penilaian sedia ada, yang dilakukan oleh konsultan IP diiktiraf oleh agensi antarabangsa.

Penubuhan lembaga itu akan dikendalikan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

“JPPH dan MyIPO akan memulakan kerjasama ini secepat mungkin bagi mengumpul penilai IP yang terbaik untuk menentukan SOP, nilai, standard, penanda aras dan sektor sesuatu IP itu nanti.

“Kita percaya usaha ini boleh membantu meningkatkan ekonomi negara kerana IP dianggap aset utama perniagaan yang boleh menjana tunai,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di antara JPPH dan MyIPO.

Sehingga kini, negara mempunyai 23 orang penilai IP yang diiktiraf oleh agensi antarabangsa hasil inisiatif dan kerjasama MyIPO dengan World Trade Institute (WTI) University of Bern, Switzerland.

Hamzah berkata MoU di antara JPPH dan MyIPO itu, antara lain akan mewujudkan rangka kerja lengkap dalam menjadikan IP sebagai instrumen cagaran dalam kewangan untuk tujuan pembiayaan.

“Pada masa kini kerja-kerja penilaian IP masih baharu dan dalam peringkat pembangunan sebab itu rangka kerja sedang dijalankan untuk memastikan hak pemberi pinjaman dan peminjam,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata sejumlah 53 produk tempatan berjaya didaftarkan sebagai IP negara di bawah komponen petunjuk geografi.

“Beberapa produk tempatan dilabel sebagai IP antaranya Lada Hitam Sarawak, Rumpai Laut Sabah dan Asam Pedas Melaka. Produk ini diiktiraf kerana keunikan berdasarkan kedudukan geografinya di negara ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hamzah Zainudin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kelantan Disaran Bantu Bangun Sukan Hoki

Next Post

BN Tak Tipu Rakyat Sediakan Projek Pembangunan

Related Posts

Hamzah Nafi Dakwaan Azmin, Tetap Balik Larut

06/05/2018
0

LARUT - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini menyelar Menteri Besar Selangor Datuk Seri...

Sokong Kerajaan Berhemah Demi Negara

20/04/2018
0

BATU KURAU – Rakyat diminta memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), yang terbukti...

Next Post

BN Tak Tipu Rakyat Sediakan Projek Pembangunan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd