• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenderaan Berat Guna ‘Roda Pembunuh’

oleh Ahmad Albab
08/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penggunaan tayar celup oleh kenderaan perdagangan berat seperti lori, treler dan bas dilihat memberi ancaman kepada keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Pemilik dilihat gemar menggunakan tayar celup tanpa kelulusan SIRIM Berhad kerana ia lebih murah berbanding tayar pneumatik baharu yang boleh mencecah sehingga RM2,000 untuk sebiji mengikut saiz dan jenama.

Penaung Kelab Pemandu Lori Malaysia, Ahmad Faizol Yaakop, mendakwa sikap sesetengah majikan memilih tayar celup bagi mengurangkan kos operasi dibimbangi boleh menjadi antara punca nahas membabitkan lori dan treler.

Ahmad Faizol, 28, yang telah 10 tahun bekerja dalam industri pengangkutan berat, mendakwa ramai majikan suka menggunakan tayar celup kerana faktor harga rendah tanpa memikirkan risiko keselamatannya.

“Walaupun murah, tetapi tayar celup (tiruan) amat berbahaya kerana ia boleh meletup pada bila-bila masa… lebih buruk lagi, serpihan tayar boleh memecahkan cermin kereta yang berada berhampiran,” katanya kepada Bernama.

Berdasarkan maklumat pengendali Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), tahun lepas sahaja, sejumlah 1,485 kes kemalangan adalah berpunca akibat pelanggaran objek dan 41.3 peratus daripada objek itu adalah tayar atau serpihan tayar.

Ahmad Faizol, yang bekerja sebagai pemandu lori membawa muatan kereta eksport mewah yang berpusat di Pelabuhan Klang, Selangor berkata tayar tiruan boleh didapati dengan harga serendah RM500 sehingga RM600.

Beliau berkata tayar celup diperbuat daripada tayar lama dan hanya diperbaiki dengan menambah bahan getah supaya menjadi seakan-akan tayar yang baharu.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan perlu memastikan usia kenderaan berat tidak melebihi 15 tahun bagi memastikan kenderaan itu berada dalam keadaan yang baik untuk dipandu pada jarak yang jauh.

Ditanya mengenai cadangan mengatasi kemalangan dalam kalangan pemandu lori dan treler, Ahmad Faizol berkata pemandu perlu mendapatkan tidur dan rehat yang cukup bagi memastikan mereka sentiasa fokus pada pemanduan.

“Saya sendiri selalu tidur di tepi lebuh raya sebelum meneruskan perjalanan dari Pelabuhan Klang ke arah utara yang biasanya mengambil masa dua hari bagi setiap penghantaran muatan,” katanya yang berasal dari Taiping, Perak, dan bekerja sejak berusia 18 tahun.

Beliau berkata antara faktor lain yang menyumbang kepada kemalangan membabitkan pemandu lori atau treler ialah tekanan daripada majikan yang meminta muatan tiba ke destinasi dengan cepat.

Sementara itu, seorang lagi pemandu lori, Shamsuri Abdul Arip, 41, berkata beliau sering berhenti di kawasan rehat dan rawat untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan dari Selangor ke Johor Bahru yang mengambil tempoh dua hari bagi setiap penghantaran bekalan makanan sejuk beku.

“Biasanya pemandu lori tak cukup tidur kerana tempat dituju sangat jauh… jadi bahaya jika pemandu lori tidak cukup tidur,” katanya yang memandu tiga kali seminggu ke destinasi sama.

Mengenai punca kemalangan membabitkan pemandu kenderaan berat, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Arifin Che Mat, berkata setiap majikan perlu memantau dan memastikan pemandu mereka mematuhi peraturan lalu lintas terutama had laju dan menggunakan lorong yang dibenarkan.

Selain itu, katanya, pemandu kenderaan berat juga perlu diberikan latihan secara berkala terutama bagi pemandu yang berprestasi rendah.

“Pemasangan sistem pengesan global (GPS) boleh digunakan pada kenderaan untuk memantau pergerakan pemandu lori atau treler,” katanya ketika mengulas kes kemalangan membabitkan kenderaan berat.

Jumaat lepas, seorang pemandu treler berusia 27 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru atas tuduhan memandu laju sehingga menyebabkan kematian enam sekeluarga berhampiran susur keluar Tanjung Malim, Perak, pada 2 April lepas.

Dalam kejadian pukul 7.40 pagi itu, enam sekeluarga, yang dalam perjalanan ke Bidor, Perak, untuk menziarahi kubur nenek moyang mereka terbunuh selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) SsangYong yang dinaiki mereka dihempap treler itu. – BERNAMA

Tags: loritayar celup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Maut Tersepit Dalam Lori 

Lelaki Maut Tersepit Dalam Lori 

23/03/2026
0

JERAM, 23 Mac – Seorang lelaki maut dalam keadaan tragis selepas tersepit di dalam sebuah lori yang terlibat dalam kemalangan...

Tiga Maut, Enam Parah Dalam Nahas Empat Kenderaan Berpunca Lori Terbabas

Tiga Maut, Enam Parah Dalam Nahas Empat Kenderaan Berpunca Lori Terbabas

15/01/2025
0

REMBAU : Tiga maut, manakala enam lagi parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan dekat Kilometer (KM) 226.5 (U) Lebuhraya Utara-...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd