• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemurungan Boleh Pulih Dengan Bantuan, Sokongan

oleh AK-47
17/04/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Penyakit kemurungan boleh dipulihkan melalui rawatan efektif serta bantuan anggota keluarga dan rakan, kata Pengarah Hospital Taiping Dr Kamaruddin Alias.

Beliau berkata anggota keluarga, rakan dan masyarakat perlulah memahami mengenai kemurungan sebelum membantu mereka yang mengalami penyakit itu, yang boleh menyebabkan penghidapnya cenderung membunuh diri dan mencederakan orang lain.

“Sebanyak 60 kes bunuh diri dilaporkan setiap bulan di seluruh negara, tidak termasuk kes percubaan membunuh diri serta kes yang tidak didaftarkan atau tidak disahkan sebagai bunuh diri.

“Ia menyumbang sebanyak 4.4 peratus daripada beban penyakit global itu,” katanya ketika berucap pada perasmian Pameran Hari Kesihatan Sedunia & Bulan Kesedaran Autisme di Hospital Taiping di sini, hari ini.

Mengenai autisme, Dr Kamaruddin berkata penyediaan intervensi dan pendidikan awal sempurna untuk kanak-kanak autisme mampu mengembangkan potensi mereka sepenuhnya di samping mengurangkan bebanan dan kos rawatan sepanjang hayat yang perlu ditanggung pesakit, ibu bapa dan juga penjaga.

Statistik Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia pada 2013 menunjukkan bahawa seorang dalam setiap 150 kanak-kanak dilahirkan dengan gejala autisme, dan dianggarkan 47,000 penghidap penyakit berkenaan itu berumur di antara 6 hingga 20-an. – BERNAMA

Tags: Dr Kamaruddin Alias
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd