• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluar Kenyataan Menghina, Menteri Jepun Letak Jawatan

oleh AK-47
26/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Menteri yang bertanggungjawab terhadap pembinaan semula Jepun selepas bencana, Masahiro Imamura meletak jawatan pada Rabu, selepas mengeluarkan kenyataan “nasib baik” gempa bumi dan tsunami pada Mac 2001 melanda timur laut Jepun dan bukannya Tokyo, lapor agensi berita China Xinhua.

“Saya telah menimbulkan masalah dan menyakiti hati rakyat di timur laut Jepun,” kata Imamura pada sesi taklimat media di pejabat Perdana Menteri selepas mengemukakan surat peletakan jawatannya.

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe menerima surat peletakan jawatan serta-merta Imamura pada Rabu dan melantik ahli parlimen dari Parti Liberal Demokratik (LDP) Masayoshi Yoshino sebagai pengganti.

Yoshino anggota Dewan Rakyat dari wilayah Fukushima dan sebelum ini berkhidmat sebagai Naib Menteri Kanan Alam Sekitar.

Kenyataan Imamura mengundang kemarahan dengan menyatakan mangsa bertanggungjawab terhadap keputusan mereka sendiri kerana berpindah dari Fukushima berikutan kebimbangan terhadap bencana nuklear di wilayah itu pada 2011.

Menurut pemimpin parti pembangkang utama Parti Demokratik menegaskan peletakan jawatan Imamura tidak cukup dan berpendapat Perdana Menteri Abe juga perlu bertanggungjawab.

Sementara itu, Abe mengakui pentadbirannya kini terdapat kelemahan susulan beberapa siri kenyataan tidak sesuai dikeluarkan beberapa menteri kabinet dan timbalan menteri parlimen yang dilantik oleh beliau.

“Kita mesti mengembalikan semula kepercayaan rakyat,” kata Perdana Menteri. – BERNAMA

Tags: MenghinaMenteri Jepun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar UA Dituduh Muat Naik Status Hina TMJ

26/04/2021
0

JOHOR BAHRU - Seorang pelajar universiti awam (UA) di ibu kota, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas...

Suri Rumah Minta Maaf Malukan Anak Jasmin Hamid

26/09/2019
0

PETALING JAYA - Selepas empat bulan memendam perasaan akhirnya Jasmin Hamid menarik nafas lega apabila individu yang bertanggungjawab menghina anak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd