BEKAS anggota program candawara realiti popular Running Man, Kang Gary mengejutkan ramai peminatnya apabila mengesahkan dirinya telah selamat melangsungkan perkahwinan.
Perkara tersebut didedahkan sendiri olehnya menerusi akaun Instagram @kang_gary8888 semalam.
Perkahwinan tersebut berlangsung secara rahsia tanpa sebarang majlis dengan wanita biasa dan bukannya selebriti atau individu yang terlibat dalam industri hiburan.
Malah aktor Korea Selatan ini juga tidak berkongsi foto wedding apatah lagi wajah serta nama isterinya itu sendiri.
“I have made a thousand years with someone I love today.
“I did not have a wedding ceremony but a marriage ceremony.
“My wife is an ordinary woman and I have waved my soul in an instant.
“You may be surprised by the sudden announcement of our marriage.
“It is our hope that you will bless us with a joyful new future!
“I will live happily ever after. – Kang Gary,” tulis di status IGnya.
Status yang dikongsi itu menerima hampir 280 ribu komen daripada para peminatnya dan rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada selebriti pujaan mereka ini atas berita gembira itu.
Namun ada juga yang ‘bersedih’ ekoran pengumuman secara mengejut itu. Malah tidak kurang juga yang mempersoalkan pilihan hati aktor ini kerana tidak memilih Song Ji Hyo.
Para peminat Gary mengharapkan aktor ini ‘bersatu’ dengan Ji Hyo memandangkan kedua-dua selebriti ini kelihatan rapat dan mesra ketika sama-sama menyertai program realiti Running Man.
Tahniah buat Kang Gary dan pasangan. – MYNEWSHUB.CC

