• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jual Tanah Selepas Terpedaya Tawaran Kerja Di WeChat

oleh AK-47
19/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUDAH sungguh zaman teknologi kini apabila hanya menggunakan aplikasi media sosial untuk menipu dan mendapat wang dengan mudah.

Terbaru, sekumpulan 18 warga China terpaksa bergadai dan menjual tanah semata-mata mahu menjejakkan kaki ke Malaysia untuk mencari rezeki sebagai pekerja buruh.

Namun, usaha yang dilakukan sia-sia apabila ditipu sindiket yang menjanjikan pekerjaan sebagai buruh di Johor Bahru.

China Press melaporkan, pekerja dari wilayah Hunan, China itu telah membayar antara RM12,700 hingga RM38,300 kepada seorang ejen pekerjaan.

Mereka dijanjikan bekerja di sebuah syarikat pemaju terkenal dengan gaji bulanan sebanyak RM5,745 dan kenaikan gaji sehingga RM8,298 sebulan setelah mereka melepasi tempoh percubaan.

Lebih menyedihkan apabila mangsa ditinggalkan di sebuah tapak binaan pada tengah malam di Johor Bahru selepas mendarat di negara ini.

Dalam keadaan tiada duit, mereka memilih berpatah balik ke Lapangan Terbang Senai di Johor dan bermalam di situ.

Penyeksaan mereka tidak terhenti situ apabila mendapati iket penerbangan ulang alik yang dijanjikan sindiket menjadi tiket sehala manakala visa kerja pula bertukar menjadi visa pelancongan yang akan tamat pada 24 April ini.

Mangsa, Gu Ren Yi, 55; berkata, mereka terpedaya dengan gaji yang tinggi dan mengetahui mengenai pekerjaan tersebut melalui aplikasi sosial WeChat.

Difahamkan, kedutaan China di Kuala Lumpur sudah dimaklumkan kejadian tersebut dan akan memberi bantuan yang sewajarnya. – MYNEWSHUB.CC

*Video dibawah sekadar hiasan.

Tags: Chinawarga asingwechat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd