• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPA Rangka Pelan Induk Perkhidmatan Awam TN50

oleh AK-47
19/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang merangka Pelan Induk Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam 2050 yang menggariskan kepakaran dan kemahiran dikehendaki untuk Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Zainal Rahim Seman berkata JPA juga akan menggubal dasar-dasar berkaitan pengurusan dan pembangunan sumber manusia berteraskan kecekapan tadbir urus.

“Pada masa depan, mungkin kita akan melihat beberapa skim perkhidmatan sudah tidak relevan, kita mungkin akan menambah baik bidang itu mencakupi bidang-bidang baharu.

“Contohnya, kita telah mewujudkan Digital Government (e-gov) maka kita perlu ada perkhidmatan yang mendokong hasrat itu, ini bermakna memerlukan kepakaran seperti penganalisis data raya,” katanya dalam wawancara bersempena 100 hari perkhidmatan beliau sebagai KPPA, di sini hari ini.

Bagi menyokong pelan induk itu, katanya, pelan tindakan yang menyenaraikan program-program seperti Pengurusan Bakat 2017-2050 akan turut diwujudkan melalui penubuhan Unit Pengurusan Bakat atau dikenali sebagai Supreme.

Zainal Rahim berkata sebuah kumpulan pakar juga akan diwujudkan, selain terus memperkasakan Program Laluan Pantas bagi pegawai-pegawai berprestasi tinggi.

Ditanya mengenai isu-isu kurang baik melibatkan kelakuan penjawat awam yang sering dipaparkan di media sosial, katanya, beliau berpegang kepada pendekatan “carrot and stick” iaitu “ganjaran dan hukuman”.

“Bagi mereka yang membuktikan kebolehan, cepat melaksanakan tugas dan mempunyai etika, mereka diberi pengiktirafan seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

“Mereka yang gagal pula, kita ada Dasar Pemisah iaitu diberi peluang setahun untuk melalui proses pemulihan dan andai kata mereka masih gagal, maka saya fikir mereka tidak wajar berada dalam perkhidmatan awam,” jelasnya.

Zainal Rahim berkata tindakan itu bagi memastikan penjawat awam tidak tersasar daripada landasan asal iaitu berkhidmat untuk negara dan mengenepikan kepentingan diri serta menjauhi tindakan yang boleh mencemarkan nama baik perkhidmatan awam. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Zainal Rahim Seman.JPATN50
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Had Umur Persaraan Wajib: JPA Akan Laksana Kajian

Had Umur Persaraan Wajib: JPA Akan Laksana Kajian

06/08/2025
0

PUTRAJAYA: Kerajaan akan melaksanakan kajian had umur persaraan wajib untuk disesuaikan dengan peralihan kepada negara tua. Ketua Setiausaha Negara, Tan...

JPA Perlu Semak Cuti Bersalin Penjawat Awam – MMA

JPA Perlu Semak Cuti Bersalin Penjawat Awam – MMA

07/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyemak Perintah Am berkaitan cuti bersalin bagi penjawat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd