• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jepun Bakal Kekurangan Penduduk

oleh Ahmad Albab
12/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Jumlah penduduk Jepun dijangka merosot hampir satu pertiga dalam tempoh 50 tahun sebelum merosot kepada separuh pada 2115.

Perangkaan terbaru Kementerian Kesihatan itu menunjukkan, pada 2065, sebanyak 38 peratus jumlah penduduk Jepun ialah mereka berusia 60 tahun ke atas, berbanding 10 peratus berusia 14 tahun ke bawah jika keadaan sekarang berterusan.

Pada tahun yang sama, jumlah penduduk Jepun yang sekarang ini 127 juta, dijangka merosot 40 juta.

Tahun lalu, tidak sampai sejuta bayi dilahirkan, jumlah terendah direkodkan Jepun sejak 1899.

Kerajaan Jepun yang bimbang memperkenalkan banyak dasar bagi menggalakkan kelahiran, termasuk cuti bersalin yang panjang, bantuan kepada mereka yang menjalani rawatan kesuburan dan pendidikan prasekolah percuma.

Kemerosotan penduduk, terutama membabitkan golongan muda akan memberi kesan besar kepada ekonomi Jepun kerana menyebabkan kekurangan pembayar cukai namun kos bayaran pencen meningkat.

Menurut laporan kementerian itu, antara punca merosotnya kadar kelahiran ialah perubahan gaya hidup wanita yang kini semakin ramai berkahwin lambat dan enggan memiliki anak kerana bimbang mengganggu kerjaya.

Selain itu, kadar pendapatan yang tidak meningkat menyebabkan ramai lelaki tidak mahu mengambil risiko berkahwin kerana bimbang tidak mampu menyara keluarga.

Semakin ramai penduduk golongan tua bermakna golongan muda terpaksa bekerja lebih masa menyebabkan mereka kekurangan masa dengan keluarga.

Laporan pada tahun lalu menyatakan 11 peratus syarikat besar Jepun merekodkan kakitangannya bekerja lebih masa sehingga 80 jam sebulan. – Reuters/myMetro Online

Tags: jepunpenduduk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Jepun hari ini digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 7.6 magnitud, mencetuskan panik di beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd