• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jentera Parti PAS Siap Siaga Hadapi PRU14

oleh Ahmad Albab
16/04/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MACHANG – PAS kini telah siap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim yang menjangkakan PRU14 akan diadakan antara Julai dan September tahun ini berkata gerak kerja di peringkat peti undi dan bilik operasi parti itu telah digerakkan sepenuhnya.

“Jentera pilihan raya di semua peringkat telah digerakkan dan bilik operasi juga telah digerakkan sepenuhnya. Jentera parti kini dah bersedia untuk hadapi PRU14,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Kelantan kali ke-58 yang turut dihadiri Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari di Pulai Chondong di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam dilaporkan sebagai berkata Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi PRU14 walaupun sekiranya ia diadakan dalam waktu terdekat.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata PAS akan bertanding di beberapa kerusi baharu berdasarkan keadaan politik semasa terutama membabitkan hubungan dengan parti pembangkang yang lain.

“Dulu kita bertanding di 73 kerusi dan PAS mula melihat beberapa kerusi yang kita fikir berpotensi. (Yang pastinya) PAS akan lawan BN di hampir 90 peratus kerusi yang akan ditandingi PAS,” katanya.

Ditanya mengenai serangan terbaru yang dilancarkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli terhadap parti itu menerusi akuan bersumpah berhubung penerimaan sumbangan daripada SRC International Sdn. Bhd., Tuan Ibrahim berkata PAS hanya menganggap ia sebagai gangguan semata-mata.

“Apa yang disebut kononnya kaitan Ustaz Nasharudin (Mat Isa) terima dana, beliau (Nasharudin) dah tak bersama dengan pimpinan PAS sejak 2011, dan bagi kami dia (Nasharudin) tak ada kena-mengena dengan PAS pun. Tuduhan Rafizi ini hanya tuduhan jahat untuk merosakkan nama baik PAS,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Fadhli berkata setakat ini, hanya Dewan Pemuda PAS kawasan Tumpat sahaja yang memberi usul untuk memutuskan hubungan dengan PKR dan ia akan dibahaskan sebelum diputuskan oleh muktamar hari ini.

“Muktamar (Dewan Pemuda PAS Kelantan) akan putuskan untuk meluluskan usul ini atau ia diserah kepada pihak-pihak tertentu di dalam parti untuk diputuskan,” katanya. – BERNAMA

Tags: PASPRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd