• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JAIM Kuat Kuasa Undang-Undang Pakaian Tidak Sopan

oleh Ahmad Albab
20/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sedang menguatkuasakan undang-undang di bawah Seksyen 71 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 bagi membendung perbuatan tidak sopan terutama berpakaian tidak senonoh di tempat awam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Rahimin Bani berkata langkah ke atas umat Islamj itu adalah selaras dengan undang-undang JAIM sedia ada dan kempen menutup aurat serta etika berpakaian yang telah lama dilaksanakan di negeri ini.

“Penting bagi kita terutama kaum wanita Islam untuk menutup aurat bagi memelihara kehormatan mereka dan ia adalah sebahagian daripada hukum syarat yang wajib dipatuhi.

“Berpakaian sopan atau menutup aurat juga adalah bagi mengelak sebarang kejadian buruk menimpa mereka. Selain itu kita tidak mahu insiden bogel yang berlaku di Bentong, Pahang awal tahun ini berulang walaupun ia melibatkan kaum lelaki,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata umat Islam yang melakukan perbuatan, berkelakuan atau berpakaian tidak sopan di tempat awam yang bertentangan dengan hukum syarak boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 71 enakmen sama iaitu didenda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

Mengulas lanjut, Rahimin berkata berdasarkan statistik, kes perbuatan tidak sopan termasuk berpakaian tidak senonoh di Melaka menurun daripada 352 kes pada tahun 2015 berbanding 195 kes tahun lepas.

Beliau berkata penurunan berkenaan adalah ekoran langkah peringatan dan kempen yang giat dijalankan JAIM dan pihak berkuasa tempatan (PBT) secara berterusan termasuk pemasangan papan peringatan berkaitan perbuatan tidak sopan dan etika berpakaian di tempat awam.

Dalam pada itu, beliau berkata masyarakat bukan Islam juga turut diminta mematuhi etika berpakaian di tempat awam kerana ia turut tertakluk di bawah beberapa udang-undang termasuk di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu satu kesalahan yang menyebabkan kegusaran am kepada orang awam.

“Papan tanda berkenaan turut menjadi peringatan kepada semua rakyat di negeri ini termasuk pelancong dari dalam dan luar negara yang berkunjung ke Melaka agar bersama-sama menjaga etika berpakaian supaya tidak menjolok mata dan menjaga sensitiviti masyarakat sekeliling,” katanya.

Katanya selain itu, masyarakat bukan Islam juga diminta mematuhi etika berpakaian dan tidak melakukan perbuatan tidak sopan di tempat awam kerana ia tertakluk di bawah Rukun Negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan agar masyarakat berbilang kaum dapat hidup dalam suasana aman dan harmoni. – BERNAMA

Tags: JAIMKod Pakaian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Kakitangan JAIM Didenda RM50,000 Tipu Guru

Bekas Kakitangan JAIM Didenda RM50,000 Tipu Guru

25/07/2024
2

MELAKA – Bekas penolong pegawai tadbir Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, pada Khamis,...

JAIM Cadang Beri Notis Kepada Umat Islam Bawa Rokok Sebelum Jam 2 Petang

03/04/2022
0

MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bercadang memberi notis kepada umat Islam di negeri ini jika dikesan membawa rokok sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd