• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Kereta Blok Jalan, Iqram Akhirnya Mohon Maaf

oleh AK-47
16/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK beberapa hari lalu, nama Iqram Dinzly tiba-tiba kembali jadi sebutan ramai selepas gambar kereta miliknya menghalang laluan utama di Pulau Langkawi, Kedah tular menerusi laman sosial.

Lebih panas, aktor itu bukan sahaja teruk menerima kritikan netizen atas kesalahan parkir tersebut malah dianggap ‘besar kepala’ apabila menyindir penulis nota yang diterimanya seolah-olah enggan mengaku kesalahan dirinya.

Tidak mahu isu terus berpanjangan, Iqram tampil memohon maaf dan secara terbuka meluahkan rasa kesal atas kesilapannya meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya

Menurutnya, dia tidak tahu tempat dia meletakkan kenderaan itu adalan laluan utama selain tidak mahir jalan di pulau peranginan terkenal itu.

Isu Kereta Blok Jalan, Iqram Akhirnya Mohon Maaf

“Ketika kejadian ruang parkir di Pekan Kuah, Chenang penuh dan saya nampak ada kereta lain yang meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan.

“Jadi saya pun melakukan perkara sama memandangkan urusan saya di sebuah bank mengambil masa singkat sahaja.

“Demi Allah saya tak tahu itu laluan utama kenderaan kerana saya sangka ia jalan sehala,” kata Iqram kepada mStar Online.

Sementara itu, dia turut menjelaskan niat memuat naik kapsyen sedemikian menerusi laman Instagramnya hanya sekadar gurauan.

“Sejujurnya saya tidak marah cuma rasa agak keterlaluan apabila ia disebarkan di laman sosial oleh individu yang meletakkan nota itu pada kenderaan saya.

“Apabila saya memuat naik status mengenainya ramai pula menghentam saya. Jika baca betul-betul, tulisan saya itu hanyalah gurauan semata-mata.

“Saya memohon maaf atas kesilapan saya dan tak mahu perkara ini diperbesarkan lagi. Saya anggap ini sebagai pengajaran dan akan lebih berhati-hati selepas ini,” ujarnya.

Terdahulu, Iqram memuat naik gambar dirinya menerima nota yang ditinggalkan di cermin keretanya dengan tulisan “kereta besar otak kecik”.

Menerusi kapsyennya, Iqram menulis, “Bersyukor otak kecik namun jiwa besar iaitu sabar. Berbanding hati tersasar, niat beredar. Maaf sekiranya terkasar. #langkawiman ☺🙌🏻

“Secara jujurnya saya ingin berterima kasih kepada sang penulis yang kreatif ini dengan meletakkannya selepas menyentuh hak peribadi orang lain tanpa izin dan seterusnya memberikan inspirasi kepada saya. Keep it up a good work!” – MYNEWSHUB.CC

Tags: Iqram Dinzly
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gagal Bayar Cukai RM77,000, Iqram Dinzly Diisytihar Muflis

15/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Kegagalan melunaskan cukai pendapatan berjumlah RM77,000 membawa padah buat pelakon Iqram Dinzly yang diisytihar muflis. Aktor kontroversi...

Lama ‘Hilang’, Iqram Kini Jumpa Diri Yang Sebenar

26/06/2018
0

SETELAH beberapa ketika dirinya dibayangi dengan kontroversi hangat, kini pelakon Iqram Dinzly berasa bertuah apabila pada 10 malam terakhir Ramadan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd