• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Irfan Bakti Belum Puas Hati Prestasi Skuad Penyu

oleh Ahmad Albab
08/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Pengendali pasukan Terengganu FA, Irfan Bakti Abu Salim masih belum berpuas hati biarpun pasukannya berjaya mencatat kemenangan ke atas Sabah dalam saingan Liga Perdana yang berlangsung malam tadi.

Beliau berkata banyak peluang diperoleh anak didiknya namun mereka gagal menterjemahkannya menerusi jaringan gol dalam aksi Liga Perdana yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini.

“Saya agak kecewa dengan persembahan malam tadi…penyudahnya masih kurang menjadi. Kita harap pemain dapat bangkit dan memperbaiki kelemahan selepas ini.

“Namun saya berpuas hati dengan tiga mata penuh yang diperoleh walaupun mutu persembahan perlu dipertingkatkan,” katanya kepada pemberita, di sini.

Skuad Penyu berjaya menumpaskan Sabah dengan jaringan 2-0.

Gol Terengganu muncul hasil jaringan Mohd Faiz Mohd Nasir pada minit ke-32 dan Lazaro Vinicius pada minit ke-51. – BERNAMA

Tags: Irfan BaktiTerengganu FA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jakim Salur Lebih RM21.5 Juta Kepada Kerajaan Melaka

Next Post

TLDM Tanam 15,000 Pokok Bakau Pelihara Ekosistem

Related Posts

PBSNT Kekalkan Irfan Bakti Untuk Musim Depan

24/10/2018
0

KUALA TERENGGANU - Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengekalkan khidmat jurulatih Terengganu Football Club 1 (TFC 1) Irfan Bakti...

TFC 1 Intai Peluang Beraksi Di Piala AFC 2018

11/06/2018
0

KUALA TERENGGANU - Pasukan Terengganu Football Club 1 (TFC 1) kini menyasarkan untuk berada dalam kelompok tiga pasukan terbaik Liga...

Next Post

TLDM Tanam 15,000 Pokok Bakau Pelihara Ekosistem

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd