• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IJN Sasar Kutip Dana Dalam Kejohanan Golf Amal

oleh Ahmad Albab
11/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) menyasarkan kutipan dana sebanyak RM800,000 melalui penganjuran kejohanan golf amal ‘Golf Digest Malaysia Corporate Challenge in aid of IJN Foundation’ bulan depan.

Pengerusi penganjur kejohanan tersebut Datuk Zainal Abidin Putih berkata dana itu bertujuan untuk menampung perbelanjaan 20 pesakit jantung kanak-kanak yang memerlukan bantuan kewangan bagi rawatan atau pembedahan jantung,”Kita harapkan, seperti tahun-tahun sebelumnya, kejohanan golf amal ini masih mendapat sambutan walaupun sedar akan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu.

“Kami di Yayasan IJN yakin rakyat Malaysia bersifat pemurah dan sangat berharap ramai menyertai kejohanan ini sambil menderma kepada tabung yayasan.

Pesakit jantung sememangnya memerlukan rawatan dan kos rawatan juga semakin meningkat kerana peralatan yang digunakan adalah terkini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Zainal Abidin yang juga anggota lembaga pemegang amanah yayasan itu berkata kejohanan golf amal yang masuk edisi keenam itu akan diadakan pada 13 Mei di TPC Kuala Lumpur di Bukit Kiara, membabitkan 128 peserta.

Beliau berkata para peserta mempunyai pilihan untuk mendaftar sebagai satu kumpulan korporat yang terdiri daripada empat orang atau sebagai pemain individu dalam merebut Trofi Cabaran Korporat Golf Digest.

Sementara itu, Pengerusi Kutipan Dana Datin Julini Mohd Ali berkata Yayasan IJN memerlukan sekurang-kurangnya RM4 juta tahun ini bagi membantu pesakit yang kurang berkemampuan mendapatkan rawatan terbaik.

Katanya pada tahun lepas sebanyak RM3.85 juta dibelanjakan bagi rawatan 80 pesakit dewasa dan 77 pesakit kanak-kanak.

“Kalau lebih banyak kutipan kita dapat, lebih ramai pesakit dapat dibantu,” katanya.

Julini berkata pelbagai aktiviti telah dirancang oleh Yayasan IJN bagi tujuan mengutip dana dan berharap mendapat sambutan yang hebat daripada orang ramai dan golongan korporat.

Mereka yang berminat untuk menyertai kejohanan golf amal tersebut boleh mendapatkan borang menerusi www.ijnfoundation.com sebelum 30 April. – BERNAMA

Tags: golf
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: United Airlines Seret Penumpang Dalam Pesawat

Next Post

Sindiket Tipu Masyarakat Taiping Labur Skim Saham

Related Posts

PGM Sasar Empat Pemain Negara Layak Ke Sukan Olimpik Tokyo 2020

21/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM) menyasarkan bagi empat pemain Malaysia – dua lelaki dan dua wanita untuk...

Burgoon Ungguli Pusingan Pertama CIMB Classic 2018

11/10/2018
0

PEMAIN Amerika Syarikat, Bronson Burgoon beraksi cemerlang pada penampilan sulung di Kejohanan Golf CIMB Classic 2018 apabila melakarkan sembilan bawah...

Next Post

Sindiket Tipu Masyarakat Taiping Labur Skim Saham

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd