• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Idris Khan Beralih Jadi Penerbit Filem

oleh Ahmad Albab
08/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon Idris Khan mengambil keputusan memperlahankan karier lakonannya pada tahun ini bagi memberi fokus kepada tugas sebagai penerbit menerusi syarikat produksinya, Centro Pictures.

Idris berkata, sebagai sebuah produksi baharu masih banyak perkara perlu dipelajari tambahan pula menggalas tanggungjawab sebagai penerbit memerlukan komitmen tinggi.

“Sejak akhir-akhir ini saya kurang muncul di televisyen bukan kerana tiada tawaran tetapi memilih memperlahankan karier lakonan buat seketika.

“Ini kerana saya ingin memberi tumpuan kepada tanggungjawab sebagai penerbit di syarikat produksi yang saya kongsi bersama tiga lagi rakan.

“Kami sekarang sedang sibuk dengan proses suntingan filem terbitan pertama kami iaitu KL Wangan yang dijangka berada di pawagam pada Julai depan,” katanya kepada mStar Online.

Idris Khan Beralih Jadi Penerbit Filem
Rakan kongsi Idris, pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim.

Syarikat produksi itu turut dimiliki oleh aktor dan pengarah, Pekin Ibrahim bersama dua lagi rakan mereka.

Bercakap mengenai tugasnya sebagai penerbit, Idris berkata, walaupun sebelum ini tidak mempunyai pengalaman namun dia yakin dapat melakukannya asalkan sanggup belajar daripada bawah.

“Saya memang tiada pengalaman sebagai penerbit cuma ada minat terhadap aspek belakang tabir dalam penghasilan sesebuah produksi.

“Paling penting kita kena cari ilmu dan tidak malu untuk belajar walaupun terpaksa bermula daripada bawah.

“Menguruskan sebuah produksi memang saya akui bukan mudah tetapi apabila kita minat dan berusaha dalam sesuatu bidang itu, Insya-Allah jalan itu akan ada,” jelasnya.

Idris Khan Beralih Jadi Penerbit Filem
Idris memberitahu masih banyak perlu dipelajari sebagai penerbit.

Kata Idris, Centro Pictures sebelum ini pernah menghasilkan sebuah dokumentari berjudul Madness of Borneo yang akan dibawa menyertai Festival Filem Cannes oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Sementara itu, Idris berkata, dia masih akan berlakon cuma hanya mengambil telefilem atau watak pembantu yang tidak memerlukan masa panjang di lokasi penggambaran.

Kata Idris, dia tidak mempunyai rancangan untuk meninggalkan bidang seni sebaliknya akan mengimbangi di antara dua bidang tersebut.

“Saya tidak boleh tamak dan ingin buat semua benda dalam satu masa kerana perlu tahu kemampuan kita di tahap mana sebaliknya kena bijak dalam membuat pembahagian dalam kerja.

“Saya masih berlakon tetapi hanya mengambil telefilem atau watak kecil yang tidak mengambil masa lama di lokasi penggambaran dan boleh memberi tumpuan kepada syarikat,” ujarnya. – mStar Online

Tags: Idris Khanpelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd