• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Campak Mayat Anak Dalam Laut Kerana Kecewa

oleh Ahmad Albab
11/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG ibu yang terlalu marah dan kecewa kerana anaknya menghidap anorexia, memasukkan mayat anaknya itu ke dalam beg lalu dicampakkannya ke dalam laut di Itali.

Anaknya, Katerina Laktionova, 27, adalah bekas model dan dia meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan.

Beratnya ketika meninggal dunia hanya 35 kilogram dan kurus kering.

Ibunya pula bekerja sebagai jururawat di Itali. Dua beranak itu berasal dari Rusia.

Anorexia merupakan kecelaruan pemakanan di mana pengidapnya enggan makan hingga menyebabkan berat badan menurun dengan drastik. Ia boleh membawa maut.

Selepas mencampakkan mayat anaknya dalam laut, wanita itu yang berusia 48 tahun dan tidak didedahkan nama, telah kembali ke Rusia.

Ibu Campak Mayat Anak Dalam Laut Kerana Kecewa

Kejadian itu terbongkar selepas dia mengalami trauma dengan tragedi tersebut lalu memberitahu rakannya.

“Dia (Katerina) telah meninggal dunia. Saya tengok mayatnya selama beberapa hari dan saya hilang akal lalu saya masukkan ke dalam beg dan campak ke dalam air,’’ katanya ketika membuat pengakuan.

Wanita itu juga memberitahu dia menyimpan mayat Katerina selama seminggu sebelum mencampakkannya ke dalam laut.

Dia sudah lama menyedari anaknya itu menghidap anorexia, lalu cuba membantunya. Katerina juga sering dimasukkan ke hospital akibat penyakit berkenaan.

Dalam pada itu, bekas suami wanita berkenaan berkata, bekas isterinya telah berhijrah ke Itali sejak dua tahun lalu dengan Katerina namun menyifatkan anaknya itu sebagai normal.

Susulan itu, pihak berkuasa di Itali kini sedang menyiasat kes berkenaan selepas mayat Katerina ditemui. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ibu kejampelik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gara-Gara Bunga Popi, Ikon Remaja Jepun Disiasat Polis

Next Post

8 Hari Ditahan Di Hospital, Isteri Shukri Masih Lemah

Related Posts

Campak Bayi: Pasangan Kekasih Ditahan Bantu Siasatan

10/07/2020
0

GEORGETOWN - Seorang pelajar sebuah kolej berusia 18 tahun ditahan kerana dipercayai mencampakkan bayi yang baru dilahirkannya dari tingkap tingkat...

Ibu Zalim Campak Bayi Dari Tingkat 13

10/07/2020
0

BAYI yang baru dilahirkan maut selepas dicampak dari tingkat 13 sebuah apartmen di Bandar Baru Farlim, Air Itam, Georgetown, pagi...

Next Post

8 Hari Ditahan Di Hospital, Isteri Shukri Masih Lemah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd