• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hospital Melaka Sasar Kumpul 30,000 Unit Beg Darah

oleh Ahmad Albab
06/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Hospital Melaka menyasarkan untuk mengumpul 30,000 unit beg darah menerusi kempen derma darah yang dianjurkan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan tahun ini.

Ketua Unit Tabung Darahnya, Dr Noramiza Mat Amin berkata setakat ini hospital itu mengumpul lebih daripada 7,000 unit beg darah dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

“Kebiasaannya setiap bulan kita memperoleh kira-kira 2,500 unit beg darah dan sasaran itu dilihat mampu dicapai memandangkan tahun lepas pihak kami berjaya mengumpul 30,210 unit beg darah menerusi pendekatan yang sama.

Namun kesedaran menderma darah dalam kalangan masyarakat perlu dipupuk secara berterusan bagi menyemai nilai positif sekali gus mengatasi masalah kekurangan bekalan darah di hospital,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri program derma darah sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-210 di Ayer Keroh di sini yang dirasmikan Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan. Turut hadir Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Ghazali Othman.

Pada program itu, kira-kira 180 unit beg darah disasarkan dikumpul melalui anggota polis dan orang ramai yang menderma darah yang mana sehingga tengah hari tadi kira-kira 60 penderma telah berbuat demikian.

Dr Noramiza berkata program seumpama itu merupakan antara inisiatif untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menderma darah demi menyelamatkan nyawa orang lain.

“Program seumpama ini perlu diteruskan bagi membolehkan kita membantu pesakit yang memerlukan darah untuk rawatan mereka dan membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Seorang anggota polis wanita yang kali pertama menderma darah Noremi Ahmad, 38, berkata, dia rasa teruja kerana sebelum ini tidak dibenarkan berbuat demikian akibat masalah kesihatan.

“Secara tidak langsung saya berupaya menyumbang dengan memberi bantuan dalam memastikan bekalan darah untuk pesakit di Hospital Melaka mencukupi,” katanya.

Seorang lagi penderma darah Zuhairi Che Din, 25, berkata beliau telah menderma kali kedua dan akan meneruskan aktviti amal seperti ini. – BERNAMA

Tags: derma darah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

HSNZ Rayu Orang Ramai Derma Darah

06/12/2018
0

KUALA TERENGGANU - Unit Transfusi Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) mengajak orang ramai menderma darah bagi menampung masalah kekurangan...

LIAM Lancar Kempen Kesedaran Kesihatan

03/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dengan kerjasama Pusat Darah Negara melancarkan kempen kesedaran kesihatan dan derma darah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd