• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasrat Pak Wan Berbasikal Hingga Usia 80 Tahun

oleh
08/04/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Pengayuh basikal Wan Hashim Wan Mahmood melahirkan hasrat mencipta sejarah dalam Malaysia Book of Record (MBR) sebagai pengayuh basikal warga emas paling lama melakukan aktiviti tersebut.

Wan Hashim yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Wan, 72, berkata beliau akan melakukan kayuhan pada setiap tahun sehingga umurnya mencecah 80 tahun, jika usianya masih panjang.

“Saya akan melakukannya pada setiap tahun bagi membuktikan warga emas juga boleh melakukannya,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pelepasan Kayuhan 3,000 Kilometer Pak Wan Hashim di sini, hari ini.

Majlis itu disempurnakan Presiden Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi), Mohd Zailani Abd Rahman dan Pengurus Hotel Grand Riverview Vincent Chua.

Pak Wan dijadual melakukan kayuhan selama 43 hari meliputi Selatan Thailand, Semenanjung Malaysia dan Singapura diiringi Shahuri Awang@Saidi, wakil Kemudi, yang juga jurugambar sambilan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Katanya, faktor usia bukan penghalang untuk beliau aktif bersukan, malah ia baik untuk kesihatan selain dapat mempromosi aktiviti berbasikal kepada rakan sebayanya.

Pak Wan pernah diiktiraf sebagai ‘Pengayuh Basikal Tertua Mengelilingi Semenanjung Malaysia’ oleh Malaysia Book of Records pada April 2014.

Pada 17 Januari 2015, beliau berjaya menamatkan misi jelajah lima negara Asia Tenggara secara solo selama 49 hari – lebih awal daripada jangkaan asal tiga bulan.

Beliau melakukan kayuhan sejauh 5,319 kilometer menjelajah Vietnam, Kemboja, Thailand, Singapura, Riau Indonesia, dan Semenanjung Malaysia.

Dalam pada itu, Shahuri berkata impiannya untuk melakukan kembara berbasikal akhirnya tercapai menerusi kayuhan bersama Pak Wan kali ini.

“Sebelum ini hasrat untuk melakukan kembara memang ada dan semakin bersemangat selepas mengenali Pak Wan kerana saya orang pertama yang merakam aktiviti Pak Wan ketika beliau mula-mula melakukan kayuhan pada 2014,” katanya. – BERNAMA

Tags: BerbasikalMBORwarga emas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Serangan Stockholm: Tiada Rakyat Malaysia Jadi Mangsa

Next Post

RUU 355: Aswaja Kata Haram Sokong Pakatan Harapan

Related Posts

Warga Emas Ditahan Baling Batu Ke Kenderaan

Warga Emas Ditahan Baling Batu Ke Kenderaan

08/07/2025
0

Kuching: Lelaki warga emas ditahan kerana disyaki terbabit dalam beberapa perbuatan khianat dengan melemparkan batu ke arah kenderaan yang melalui...

Warga Emas Maut Terkena Libasan Pokok Getah

Warga Emas Maut Terkena Libasan Pokok Getah

02/07/2025
0

PENGKALAN HULU - Seorang warga emas maut selepas ditimpa pokok yang ditebang di kebunnya di Kampung Klian Intan di sini pada...

Next Post

RUU 355: Aswaja Kata Haram Sokong Pakatan Harapan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd