• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasil Pendapatan Program MKMF Cecah RM12 Juta

oleh Ahmad Albab
23/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Hasil pendapatan yang diperoleh usahawan Program My Kampung My Future (MKMF) daripada 12 kampung yang terlibat di seluruh negara, mencecah RM12 juta sejak Januari 2016 hingga April tahun ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata hasil pendapatan itu melibatkan 1,784 usahawan dalam pelbagai bidang termasuk pertanian.

“Setakat ini sebanyak 12 kampung yang telah kita laksanakan program ini melibatkan sembilan negeri antaranya di Sarawak, Sabah, Terangganu, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan.

“Impak daripada pelaksanaan program ini kita lihat dua indikator iaitu ekonomi dan sosial yang mana dari segi ekonominya kita melihat berapakah hasil pendapatan kampung terlibat manakala sosialnya diukur dari segi berapa banyak peluang pekerjaan yang wujud termasuklah golongan belia tidak lagi berhijrah ke bandar untuk bekerja,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian MKMF di Kampung Hulu Kundur, di sini, hari ini.

Ahmad Shabery berkata justeru, program berkenaan akan diperluas kepada lima buah negeri iaitu Perlis, Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Melaka tahun ini agar manfaat daripada program ini dapat diaplikasikan ke seluruh negara.

“Negeri-negeri yang telah melaksanakan program MKMF ini akan menjadi model kepada negeri lain dalam usaha memastikan keberkesanan program ini mencapai objektifnya,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Shabery dalam ucapannya berkata tidak ramai golongan belia yang meletakkan sasaran untuk membina masa depan atau kerjaya mereka di kampung kerana merasakan kurangnya fasiliti dan peluang.

“Jika kita lihat di negara maju seperti di Jepun, Eropah dan sebagainya orang yang ada di desa adalah dalam kalangan peladang atau penternak yang mana mereka ini bukan miskin bahkan mereka mempunyai pendapatan yang jauh lebih besar apabila mampu menghasilkan sumber makanan bukan sahaja untuk keperluan sendiri tetapi dieksport.

“Jadi melalui MKMF ini, ia adalah soal membangunkan jenama sesebuah kampung yang mana jenama inilah yang akan membuatkan golongan belia lekatkan hatinya di kampung dan melihat masa depan mereka di kampung melalui peluang kerjaya yang wujud,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Banjir Lumpur: Jalan Gua Musang-Lojing Dibuka Semula

Next Post

31 Pengunjung Pusat Hiburan Ditahan Positif Dadah

Related Posts

ECRL Pun Tinggal Kenangan Seperti Perwaja Steel

23/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Satu ketika dahulu projek Perwaja Steel pernah menjadi projek kebanggaan Perdana Menteri ke-4 untuk masyarakat Pantai Timur...

Shabery Anggap Pemilihan UMNO Kali Ini Paling Meriah

21/06/2018
0

KUALA LUMPUR – Pemilihan pucuk pimpinan UMNO yang akan datang tidak lama lagi dilihat paling meriah sengan penawaran diri ramai...

Next Post

31 Pengunjung Pusat Hiburan Ditahan Positif Dadah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd