• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

H1N1: KKM Masih Tunggu Keputusan Darah Pelajar

oleh Ahmad Albab
19/04/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan masih menunggu keputusan ujian darah dua pelajar pra-sekolah di Sekolah Kebangsaan Sri Tasik di Cheras sebelum memutuskan sama ada mereka dijangkiti virus Influenza A (H1N1), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Dr Subramaniam berkata dua pelajar itu mengalami gejala demam, selesema serta batuk dan telah diasingkan daripada pelajar lain.

“Setiap hari pun ada virus seperti H1N1 dan kebanyakan orang mendapat simptom-simptom seperti itu.

“Cuma kumpulan berisiko tinggi seperti wanita mengandung dan warga emas yang mengalami gejala saluran pernafasan perlu lebih berhati-hati,” katanya ketika ditanya mengenai berita yang tular di laman sosial yang menyatakan kelas pra-sekolah di Bandar Sri Permaisuri itu ditutup akibat jangkitan H1N1,

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Malaysian Health Data Warehouse di sini hari ini.

Dr Subramaniam juga berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan negara lain tidak lagi memantau jangkitan H1N1 secara khusus kerana ia dikategorikan sebagai influenza bermusim.

Justeru, katanya, orang ramai perlu tahu menjaga kebersihan diri dan segera berjumpa doktor jika mendapat selesema atau simptom yang berkaitan.

“Mereka yang demam selesema juga diminta mengasingkan diri daripada orang ramai supaya penyakit ini tidak mudah merebak, serta menggunakan topeng dan membasuh tangan setiap kali bersin,” katanya. – BERNAMA

Tags: H1N1KKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd