• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Didenda Pakai Kain Sarung, Pelajar Lapor Polis… Adoi!

oleh AK-47
29/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KALAU dahulu, kena denda dirotan, ketuk ketampi atau jentik telinga oleh guru merupakan perkara biasa yang dialami pelajar sekolah. Pendek kata, tipulah kalau tak pernah kena kan?

Namun, nampaknya peredaran zaman turut merobah sikap pelajar-pelajar sekolah yang kini langsung tidak boleh dicuit waima melakukan kesalahan berat.

Sebagai contoh, seorang pelajar tingkatan dua dari Sekolah Menengah Bukit Sentosa, Hulu Selangor ini yang buat laporan polis, gara-gara tidak berpuas hati apabila didenda memakai kain sarung oleh guru disiplin.

Kedengaran kelakar bukan?

Didenda Pakai Kain Sarung, Pelajar Lapor Polis... Adoi!

Dalam kejadian Selasa lalu, pelajar berkenaan mendakwa telah dipanggil guru disiplin selepas habis perhimpunan sebelum mengarahkannya memotong seluar sekolah dipakainya dipercayai tidak ikut kod etika pakaian sekolah.

Jelasnya, guru disiplin berkenaan kemudian mendendanya dengan menyuruhnya memakai kain sarung serta menyatakan akan memulangkan semula seluar sekolah itu selepas hampir tamat waktu sekolah.

Namun, setelah habis waktu sekolah kira-kira 6.30 petang, dia bagaimanapun dimaklumkan oleh guru lain bahawa guru disiplin tersebut telah pun pulang ke rumah.

Sementara itu, guru berkenaan kemudian menyuruhnya agar balik ke rumah dengan memakai kain sarung tersebut memandangkan kunci bilik disiplin pula tiada.

Ekoran kejadian itu, pelajar lelaki berkenaan membuat laporan polis agar perkara ini dapat dirujuk kepada pihak sekolah dan pejabat pendidikan daerah.

Laporan polis pelajar berkenaan turut menjadi tular menerusi laman sosial dan menjadi bahan ketawa ramai netizen.

Rata-rata netizen menyelar pelajar berkenaan sebagai manja sehingga perkara remeh seperti ini dibawa kepada pihak polis. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Guru Disiplinrotan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sambutan Pesta Kaamatan Tampil Kelainan Tahun Ini

Next Post

Dewan Pemuda PAS Lulus Usul Cerai PKR ‘Talak 3’

Related Posts

Suri Rumah Lesap RM181,650 Akibat ‘Phone Scam’

Lelaki Rotan, Dera Anjing Disiasat

25/02/2024
0

JOHOR BAHRU: Polis menyiasat kejadian seorang lelaki merotan anjing peliharaannya seperti yang ditularkan menerusi laman sosial Facebook, dua hari lalu....

Bapa Didenda RM10,000 Rotan Anak Tiri Gara-gara Tidak Faham Matematik

Bapa Didenda RM10,000 Rotan Anak Tiri Gara-gara Tidak Faham Matematik

23/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga nasi lemak didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merotan anak tirinya berusia...

Next Post

Dewan Pemuda PAS Lulus Usul Cerai PKR 'Talak 3'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd