• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guan Eng Minta Melayu Lebih Penting Isu Penagih Dadah

oleh AK-47
21/04/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Isu penagihan dadah jauh lebih penting untuk difikirkan oleh kaum Melayu berbanding kaum Cina akan menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa, isu rasis dan ekstrem yang dimainkan oleh PAS itu bertujuan mengalihkan perhatian kaum Melayu daripada isu yang lebih penting tersebut.

“DAP tidak pernah mahukan jawatan itu dan konsisten menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Isu dadah diabaikan. Sekurang-kurangnya tujuh penagih dadah baru di Malaysia setiap hari,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Anwar yang merupakan bekas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun selepas didapati salah meliwat seorang lelaki lain yang merupakan pembantu peribadinya.

PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) merupakan anggota parti Pakatan Harapan yang diketuai parti sekular DAP.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam pada itu menyangkal kerajaan Malaysia jika diperintah Pakatan Harapan dibawah kawalan DAP kerana menurut beliau DAP hanya bertanding 60 kerusi Parlimen.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim pada 24 lalu Mac menerangkan, pakatan memenangi 89 kerusi Parlimen sebelum ini, tetapi hanya 39 kerusi terbabit milik wakil rakyat beragama Islam dan selebihnya bukan Melayu

Justeru, katanya, PAS tidak menyokong usul undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak oleh pakatan sebelum ini bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar (ke atas umat Islam Malaysia). – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPLim Guan EngPenagih Dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ahli Parlimen Bagan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng, menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri...

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

27/10/2025
0

KOTA KINABALU: DAP Sabah masih belum memuktamadkan lagi sama ada parti itu akan menggunakan logo sendiri atau sebaliknya untuk bertanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd