• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Geng Samun Di P.Pinang, Hidup Mewah Di Indonesia

oleh AK-47
18/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Sekumpulan warga Indonesia dipercayai menjadikan Pulau PInang sebagai ‘lubuk’ untuk menyamun beberapa bulan sebelum Ramadan sebelum pulang untuk hidup mewah dengan hasil jenayah mereka menjelang Hari Raya Aidilfitri,

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang SAC Zainol Samah berkata kumpulan dikenali sebagai Geng Rantau yang terdiri daripada empat hingga enam lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40-an itu dipercayai masuk ke negara ini dua atau tiga bulan sebelum Ramadan untuk menjalankan kegiatan mereka.

“Berdasarkan siasatan awal polis, ada anggota geng itu masuk ke negeri ini secara sah dan bekerja sebagai buruh untuk membuat pemantauan awal ke atas mangsa yang ingin disamun manakala rakan suspek yang lain masuk menggunakan laluan haram.

“Kawasan tumpuan geng itu adalah sekitar daerah Timur Laut dan Barat Daya,” katanya kepada pemberita selepas majlis dialog Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat dengan pegawai dan anggota JSJ Pulau Pinang.

Setakat ini, katanya, kumpulan itu terlibat dalam sekurang-kurangnya tiga kes samun termasuk terbaru di mana seorang pemilik kedai elektrik kerugian RM100,000 selepas rumahnya di Bukit Gambir dipecah masuk pada awal pagi Jumaat lalu dan rumah seorang peniaga di Sungai Ara disamun membabitkan kerugian RM25,000, Ahad lepas.

Zainol berkata polis sedang mengesan anggota Geng Rantau dan percaya mereka masih berada di sekitar kawasan pulau di negeri ini.

“Saya minta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung geng itu atau melihat kelibat warga asing yang mencurigakan di kawasan perumahan mereka agar memaklumkan kepada polis bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata polis menahan dua lelaki berusia 28 dan 34 tahun termasuk seorang mekanik di Mengkuang Titi, Bukit Mertajam semalam dipercayai anggota geng curi motosikal yang aktif di sekitar daerah tersebut.

Beliau berkata susulan penahanan itu, polis merampas dua motosikal yang dilapor hilang di SPT dan pelbagai komponen motosikal di sebuah bengkel milik mekanik berusia 34 tahun itu. – BERNAMA

Tags: Geng Rantau SamunSAC Zainol Samah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Cari Saki-Baki ‘Geng Rantau’

02/10/2018
0

KULAI - Polis memperhebat usaha mengesan saki-baki anggota kumpulan samun warga asing dikenali Geng Rantau yang aktif melakukan jenayah itu...

Tiada Kes Tembak Tempat Sama Wanita Ditembak

23/02/2017
0

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang menafikan dakwaan berlaku kes tembakan di tempat sama kejadian seorang ahli perniagaan wanita maut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd