• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Flat Kos Rendah Diwajib Ada Taska – Noh Omar

oleh Ahmad Albab
11/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mewajibkan flat kos rendah mempunyai Taska, kata Menterinya Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata dasar cadangan itu akan dikemukakan kepada Kabinet dalam kadar segera selepas pihak kementerian berbincang secara terperinci mengenainya.

“Saya akan cadangkan polisi berkenaan kepada Kabinet dan ia bakal dilaksanakan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke flat kos rendah Desa Mentari di sini hari ini.

Mengulas mengenai lawatan itu, Noh berkata kementerian telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.1 juta untuk memberi kemudahan dua lif baharu kepada Blok 6 flat berkenaan manakala lif di Blok 4 akan dibaiki.

Katanya kemudahan lif yang diberikan kementerian itu bakal memberi keselesaan kepada penduduk selepas lif sedia ada mengalami kerosakan dan tidak dibaiki sejak sekian lama.

“Blok 4 ada 11 tingkat dan 480 buah rumah manakala Blok 6 ada 17 tingkat dan 484 buah rumah. Lif di Blok 4 ada dua tetapi yang beroperasi hanya satu dan lif yang berfungsi itu selalu rosak. Blok 6 pula ada dua lif tetapi dua-dua sudah lima tahun rosak,” katanya.

Tambahnya, kemudahan di Blok 6 itu dijangka akan siap sepenuhnya dalam masa 48 minggu dari bulan hadapan kerana lif berkenaan perlu diganti baharu dan bukan dibaiki.

“Kementerian juga akan memperbaiki jeriji tangga yang rosak teruk selain memperkenalkan sistem kad akses kepada penduduk yang mahu menggunakan kemudahan lif ini, gril dan sistem kamera litar tertutup untuk tujuan pemantauan,” katanya.

Menyambut baik keprihatinan kementerian itu, Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Blok 6, Norizan Harun berkata penambahbaikan itu memberi kelegaan kepada penduduk yang sekian lama berdepan masalah tersebut.

“Saya sangat berterima kasih kepada kementerian kerana sudi mendengar rintihan kami. Kedua-dua lif di blok saya ini telah lama rosak. Memang kami mempunyai masalah terutama ketika musim tiada air dan terpaksa mengangkut bekas berat berisi air naik-turun tangga,” katanya kepada Bernama.

Beliau yang telah menetap di Blok 6 sejak flat itu dibina kira-kira 15 tahun lalu berkata kemudahan kad akses pada lif tersebut akan mengelakkan segelintir penduduk daripada terus tidak membayar fi penyelenggaraan.

“Bagi saya kalau ada kemudahan kad akses ini amat bagus kerana ada penduduk yang tak bayar yuran. Selepas ini, kalau mereka tidak bayar, mereka tidak akan dapat naik lif menggunakan kad akses,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Noh Omartaska
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Felda United Lega Dapat ‘Lampu Hijau’ Guna Stadium Star

Next Post

Pembinaan Litar Lumba Perlu Kira Kos Penyelenggaraan

Related Posts

Kepala Budak 2 Tahun Tersepit Celah Besi Penghadang Di Taska

Kepala Budak 2 Tahun Tersepit Celah Besi Penghadang Di Taska

03/07/2025
0

NIBONG TEBAL: Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun menahan kesakitan kira-kira 10 minit selepas kepalanya tersepit pada celahan besi penghadang di...

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

10/04/2025
1

JOHOR BAHRU : Seorang bayi lelaki berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di...

Next Post

Pembinaan Litar Lumba Perlu Kira Kos Penyelenggaraan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd