• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Faradhiya Katakan ‘Tidak’ Pada Suami Orang

oleh AK-47
13/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUNGKIN rata-rata daripada kita tidak menyangka wanita secantik Faradhiya akan menghadapi masalah ‘lambat’ bertemu jodoh, namun itulah yang sebenarnya sedang berlaku.

Bagaimanapun, dia masih waras dan tidaklah ‘terdesak’ untuk menjalinkan hubungan cinta dengan sesiapa sahaja lelaki yang cuba mendekatinya, termasuklah suami orang.

Sebagai wanita berkelas dan mempunyai prinsip, penyanyi itu menolak sekiranya dirapati oleh lelaki yang sudah berkahwin.

“Rasanya semua perempuan tidak mahu bercinta dengan lelaki yang berstatus suami orang.

“Sebaik-baiknya yang mendekati kita tu haruslah masih bujang, malah duda pun tak jadi masalah. Zaman sekrang ni kalau nak berkenalan pun kena tanya dahulu sudah kahwin ke belum.” kata Faradhiya.

Menurut Faradhiya lagi, soalan itu sudah menjadi soalan wajib ditanya kepada setiap lelaki yang baru mengenalinya kerana risau jika mereka keluar berdua nanti, dia akan dianggap perampas suami orang pula.

Tambahnya lagi, lelaki pilihannya bukanlah semestinya seseorang itu berharta tetapi memadailah untuk menyaranya serta keluarga. Selain itu, perlulah bersikap matang.

“Bagi saya biarlah orang itu boleh menyara saya, kalau saya tak bekerja pun dia boleh sara juga. Saya tak cakap awak kena bagi saya sebuah banglo, Ferrari dan Lamborghini.

“Kalau umur pula saya pilih seseorang yang matang dan bukanlah lelaki yang berpangkat bapa atau lelaki orang, itu semua minta jauh. Kalau dapat umur lingkungan saya yang masih single pun lagi bagus.

“Sebab bapa saya pernah cakap jangan pilih orang yang terlampau berumur sangat nanti hidup dengan dia berapa tahun saja,” katanya sambil berseloroh.

Sementara itu, Faradhiya juga turut berkongsi bahawa sebelum ini ada beberapa lelaki muda yang mengenalinya namun di-reject kerana berperangai kebudak-budakan serta terlalu mengawal pergerakannya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: cintaFaradhiyasuami orang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Demi Cinta, Lelaki Sanggup Larikan Lori Pepsi

22/02/2019
0

TULSA - Demi cinta yang mendalam, seorang pemuda sanggup mencuri lori Pepsi semata-mata untuk berjumpa kekasihnya di lapangan terbang. Sebelum...

Cinta Berputik Ketika Main RPG Online

14/01/2019
0

SEORANG wanita muda Filipina yang bekerja di Arab Saudi menarik perhatian media sosial selepas berkongsi kisah pertemuan dengan suaminya melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd