• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doktor Diheret Keluar Pesawat Buka Mulut

oleh Ahmad Albab
12/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DOKTOR yang juga penumpang syarikat penerbangan United Airlines yang diheret keluar dari pesawat itu akhirnya membuka mulut.

Dr. David Dao menerusi peguamnya dalam satu kenyataan pada Selasa berkata dia dan keluarganya amat menghargai sokongan dan keprihatinan orang ramai susulan insiden tersebut.

“Buat masa ini Dr. Dao sedang menerima rawatan di Hospital Chicago,” kata peguamnya, Stephen L. Golan.

Operator udara Amerika Syarikat (AS) itu mengeluarkan pelbagai kenyataan pada Selasa selepas rakaman kejadian tersebut menjadi tular menerusi laman sosial.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Oscar Munoz menyifatkan insiden itu sebagai ‘mengecewakan’ dan menulis permohonan maaf dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Twitter rasmi United Airlines.

Insiden tersebut ternyata mengundang kemarahan netizen.

Kejadian yang dirakamkan oleh salah seorang penumpang menunjukkan Dr. Dao diseret keluar secara paksa oleh tiga pegawai keselamatan dari tempat duduknya gara-gara tempahan yang berlebihan.

Difahamkan, tempahan tiket yang berlebihan menyebabkan pihak United Airlines meminta segelintir penumpang untuk menangguhkan penerbangan mereka secara sukarela di Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare, Chicago.

Oleh kerana tidak ada sesiapa yang tampil, operator penerbangan terkenal AS itu terpaksa memilih nama penumpang secara rawak.

Bagaimanapun, Dr. Dao antara salah seorang penumpang yang terpilih itu enggan memenuhi permintaan mereka.

Dia kemudian ditarik keluar oleh pegawai keselamatan penerbangan itu.

Menerusi rakaman video itu, lelaki berketurunan Cina itu dilihat seakan-akan tidak sedarkan diri ketika diheret keluar dari pesawat. – mStar Online

Tags: kapal terbangpenumpangUnited Airlines
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Imigresen Serbu Kuarters Pekerja Warga Asing Awal Pagi

Penumpang Lahirkan Bayi Di Balai Menunggu KLIA

01/01/2024
0

SHAH ALAM - Kakitangan dan orang ramai di Terminal Satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berhadapan situasi luar biasa...

Pemandu Bas Bahayakan Penumpang Tidak Lagi Dibenar Memandu

Pemandu Bas Bahayakan Penumpang Tidak Lagi Dibenar Memandu

20/04/2023
0

KUALA LUMPUR - Pemandu bas yang ingkar peraturan jalan raya sehingga membahayakan keselamatan penumpang akan diambil tindakan tegas termasuk tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd