• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doktor Dedah LGBT, HIV Sengaja Derma Darah

oleh AK-47
19/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DERMA darah secara sukarela adalah amalan kemanusiaan yang mulia demi menyelamatkan nyawa ribuan manusia setiap hari selain meningkatkan kualiti hidup ribuan lagi penerimanya.

Namun, ada pihak yang tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri sendiri apabila menderma darah walaupun berada dalam keadaan yang boleh membahayakan nyawa orang lain.

Seorang doktor, Dr. Hana Hadzrami mendedahkan trend pelaku seks rambang, pengamal hubungan seks songsang atau lebih dikenali sebagai LGBT dan penghidap HIV di hospital kerajaan yang sangat pentingkan diri sendiri.

Menerusi perkongsian Hana di Facebook, dia mendedahkan tindakan golongan tersebut sengaja menderma darah sebagai cara mendapatkan khidmat saringan kesihatan percuma.

“Mereka sengaja menyorokkan maklumat kehidupan seks lalu selamba menderma darah. Mereka hanya tertangkap apabila darah yang diderma sekian lama akhirnya menunjukkan kehadiran virus HIV dan Hepatitis.

“Virus HIV boleh berada lama dalam darah secara senyap (dormant) selama beberapa bulan sebelum ia dapat dikesan.

“Jadi pemeriksaan saringan darah HIV boleh menjadi negatif selama beberapa bulan sebelum bertukar positif apabila virus berjaya dikesan,” tulisnya.

Dia dengan tegas menyatakan golongan homoseksual dan individu yang melakukan seks rambang adalah dilarang keras daripada menderma darah.

Namun ada sebilangan yang tidak peduli dan sengaja menyembunyikan maklumat tersebut supaya mereka dapat membuat pemeriksaan darah percuma.

“Walaupun kebarangkalian kes ini berlaku adalah sangat rendah, namun bayangkan impaknya kepada bayi dan orang tak bersalah yang menerima transfusi darah tersebut. Tak pasal-pasal dapat HIV!

“Pada saya, kehidupan peribadi anda hak anda, suka hati anda. Namun jika anda sengaja mencelakakan orang lain akibat nafsu dan pilihan peribadi anda ini; anda memang tak guna!” tulisnya.

Dia turut kesal apabila mendapati kebelakangan ini semakin ramai pesakit yang ada latar belakang seks rambang, homoseksual termasuk yang positif HIV merahsiakan maklumat mereka apabila mendapatkan rawatan di hospital.

Menurutnya, staf hospital yang mengendalikan urusan rawatan dan pembedahan pesakit ini berpotensi terdedah kepada jangkitan virus mereka.

“Kami bukan nak menghakimi kehidupan seks anda; apa yang anda buat di sebalik pintu adalah urusan peribadi anda. Namun apabila kami menguruskan cecair tubuh anda seperti darah dan sebagainya, adalah tak patut bila anda sengaja menyorokkan maklumat dan membiarkan kami terdedah dengan jangkitan virus.

“Pesakit yang mempunyai virus berbahaya yang berpotensi berjangkit seperti hepatitis dan HIV perlulah memberitahu staf perubatan, jika mereka mendapatkan rawatan.

“Ini kerana pekerja hospital perlu menggunakan peralatan dan perlindungan khas sewaktu mengendalikan rawatan pesakit. Malah, sisa cecair tubuh pesakit perlu dilupuskan secara khas, bukan seperti pesakit biasa,” tulisnya.

Hana turut berkongsi kisah pesakit yang mengidapi penyakit HIV dan melakukan seks rambang, namun tidak dimaklumkan kepada doktor.

“Ada seorang pesakit menjalani suatu pembedahan kepala; namun setelah lukanya lambat pulih, doktor telah menyiasat dan mendapati dia sebagai pesakit HIV dengan beban virus yang tinggi.

“Bila ditanya, barulah mengaku dia melakukan hubungan seks rambang.

“Ada seorang lagi pesakit, datang dengan masalah bengkak di kemaluan. Sangka kami masalah angin pasang. Apabila dibedah rupanya ada nanah di dalamnya.

“Bila ditanya barulah mengaku dia pesakit HIV yang menjalani rawatan. Sengaja tak mahu mengaku sebab takut tak dapat buat tuntutan insurans (pun tipu syarikat insurans),” tulisnya.

Tegasnya, kesal dengan tindakan mereka yang mementingkan diri sendiri ini kerana membiarkan staf dan pekerja hospital terdedah dengan virus yang dibawa mereka.

Perkongsian Hana ini mendapat perhatian netizen dan dikongsi lebih 2,000 setakat ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: derma darahdoktorLGBT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Doktor Didakwa Bunuh Isteri Dan Anak, Ubah Mayat Anak, Lupus Kuku Palsu Isteri

Doktor Didakwa Bunuh Isteri Dan Anak, Ubah Mayat Anak, Lupus Kuku Palsu Isteri

16/01/2026
0

JOHOR BAHRU: Seorang doktor klinik swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh isteri dan anak lelakinya, bulan...

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

01/12/2025
0

SHAH ALAM – Normalisasi budaya songsang memberi kesan besar termasuk melemahkan maruah dan integriti moral seorang Muslim serta membuka ruang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd