• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Negara Lulus Tiga Rang Undang-Undang

oleh Ahmad Albab
26/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga rang undang-undang iaitu Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2017 (Akta 445), Rang Undang-Undang Mahkamah (Kaedah-Kaedah Permulaan Tindakan Sivil) 2016 dan Rang Undang-Undang Saraan Hakim (Pindaan) 2017 diluluskan di Dewan Negara hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz ketika membentangkan Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2017 berkata rang undang-undang tersebut antara lain bertujuan bagi melaksanakan pertukaran maklumat berkaitan percukaian secara automatik antara kerajaan dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

“Melalui pindaan rang undang-undang ini, pertukaran maklumat dapat diperkemas dan kerjasama aspek pungutan cukai yang lebih efektif berdasarkan maklumat pembayar cukai yang lebih tepat dan terkini, dapat diwujudkan,” katanya ketika menggulung rang undang-undang berkenaan.

Othman berkata rang undang-undang itu juga akan membolehkan maklumat berkaitan percukaian bagi syarikat yang berdaftar di Labuan dilaporkan dan standard percukaian antarabangsa dipatuhi.

Pindaan akta berkenaan juga bertujuan meningkatkan pentadbiran cukai, pengenaan pentaksiran dan pemungutan cukai ke atas aktiviti perniagaan luar pesisir yang dijalankan di Labuan atau dari Labuan.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim ketika membentangkan Rang Undang-Undang Mahkamah (Kaedah-Kaedah Permulaan Tindakan Sivil) 2016 berkata selepas rang undang-undang itu berkuat kuasa, semua tindakan sivil di mahkamah di bawah apa jua undang-undang bertulis diseragamkan dengan menggunakan cara permulaan prosiding iaitu Saman Pemula atau Writ, melainkan jika Akta atau Ordinan memberi pengecualian.

Beliau berkata rang undang-undang itu diperlukan memandangkan perundangan sedia ada iaitu Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 hanyalah undang-undang kecil yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada pihak-pihak terlibat untuk menfailkan tindakan.

Rang undang-undang itu kemudian diluluskan tanpa dibahas dan tanpa pindaan.

Rang Undang-Undang Saraan Hakim (Pindaan) 2017 pula bertujuan meminda Akta Saraan Hakim 1971 (Akta 45).

Razali berkata antara pindaan yang dicadangkan ialah seseorang hakim boleh meletakkan jawatannya pada apa-apa umur tanpa kehilangan hak pencennya dengan syarat hakim tersebut telah memegang jawatan untuk tempoh berterusan tidak kurang daripada lima tahun.

Rang undang-undang itu kemudian turut diluluskan tanpa dibahas dan tanpa sebarang pindaan. – BERNAMA

Tags: Dewan Negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

19/12/2024
0

Kuala Lumpur: Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 12 hari bermula 2...

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

22/07/2024
1

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara pada Isnin meluluskan dua Rang Undang-Undang (RUU) di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), berkaitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd