• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Negara Lulus Pindaan Akta Kebankrapan

oleh AK-47
27/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setelah diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat 29 Mac lalu, Rang Undang-undang (Pindaan) Kebankrapan 2016 yang antara lain memberi perlindungan kebankrapan terhadap penjamin sosial dilulus Dewan Negara hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang tersebut berkata di bawah pindaan akta itu penjamin sosial tidak boleh diisytiharkan bankrap kerana mereka ini tidak mendapat apa-apa keuntungan dan menjamin pinjaman individu atas dasar kemanusiaan.

“Mereka ini menjadi mangsa, kadang-kadang sebab kesian, yang pinjam orang lain, yang kena orang lain (penjamin).

“Kerajaan peka akan hal ini dan berpendapat mereka ini tidak lagi boleh diberi ‘keseksaan di dunia’, maka dengan rang undang-undang ini, penjamin sosial ini akan mendapat perlindungan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata penjamin sosial masih berhadapan dengan proses undang-undang yang lain bagi mengelak mereka menyalahgunakan pindaan undang-undang ini.

Menurut Azalina di bawah rang undang-undang itu juga, jumlah maksimum bankrap dinaikkan kepada RM50,000 daripada RM30,000 sebelum ini.

Menurutnya jumlah ini dilihat wajar buat masa sekarang dan kemungkinan berpeluang dinaikkan pada pindaan di masa depan.

Terdahulu, perbahasan rang undang-undang tersebut menarik perhatian 15 anggota dewan antaranya Senator Datin Rahimah Mahamad, Senator Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff, Senator Azizah Harun dan Senator Siti Aishah Shaik Ismail.

Siti Aishah dalam perbahasannya meminta kerajaan menimbangkan kelonggaran pelepasan kepada inidvidu yang diisytiharkan bankrap untuk mereka menunaikan umrah atau haji.

“Mereka ini perlu diberi kelonggaran dan berharap kerajaan dapat meneliti perkara ini,” katanya.

Sebelum itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Razali Ibrahim ketika membentangkan rang undang-undang ini untuk bacaan kali kedua berkata kerajaan mempertimbang lapan perubahan dasar untuk meminda rang undang-undang itu termasuk menghalang tindakan kebankrapan terhadap penjamin sosial dan menaikkan nilai minimum kebankrapan.

Rang undang-undang tersebut kemudian diluluskan dewan tanpa sebarang pindaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Azalina Othman Said
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Syarikat Xiaomi China Tembusi Pasaran Rusia

Next Post

Usahawan Muda Disaran Rebut Prospek Perniagaan

Related Posts

SPRM Dapati Mohd Nazlan Langgar Kod Etika Hakim – Azalina

SPRM Dapati Mohd Nazlan Langgar Kod Etika Hakim – Azalina

06/04/2023
0

SHAH ALAM - Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali didapati melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

29/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 bagi menambah baik dan...

Next Post

Usahawan Muda Disaran Rebut Prospek Perniagaan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd