• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terbuka Malaysia: Daren Liew Layak Ke Pusingan Pertama

oleh AK-47
05/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Daren Liew layak ke pusingan pertama acara perseorangan lelaki kejohanan Terbuka Malaysia Celcom Axiata 2017 selepas mengalahkan Zhao Junpeng daripada China di pusingan kelayakan hari ini.

Beliau menang 17-21, 21-15 dan 21-18 untuk seterusnya berdepan Viktor Axelsen daripada Denmark.

“Saya boleh menang set pertama kerana saya sedang mendahului tetapi saya hilang fokus, namun di set kedua, saya kembali fokus dan gembira dapat mengalahkannya di set kedua dan ketiga,” katanya selepas perlawanan itu di Stadium Perpaduan Negeri Sarawak di Petra Jaya hari ini.

Mengenai pertemuan dengan pemain Denmark esok, Daren berkata beliau pernah mengalahkan Axelsen tidak lama dahulu.

Sementara itu dua lagi pemain perseorangan negara Chon Wei Feng dan Cheam June Wei kalah dalam pusingan kelayakan.

Wei Feng kalah kepada pemain Jepun, Ueda Takuma 19-21, 11- 21 sementara June Wei kalah kepada pemain Itali, Leverdez Brice 12-21, 19-21.

Bagi pemain perseorangan wanita, hanya Lim Fun Yin layak ke pusingan pertama selepas menang ke atas pemain Indonesia, Jesica Muljati 21-10, 16-21, 16-11.

Dalam kategori beregu lelaki, semua pemain negara kecundang kecuali kombinasi pasangan Malaysia dan Indonesia, Tan Boon Heong dan Hendra Setiawan yang mengalahkan pasangan Malaysia, Lee Jian Yi dan Lim Zhen Ting 21-15, 21-17.

Satu lagi pasangan Malaysia, Ayub Nur Mohd Azriyn dan Jagdish Singh kalah kepada pasangan Jepun, Endo Hiroyuki dan Watanabe Yuta 18-21, 16-21.

Dalam acara beregu wanita, pasangan negara Joyce Choon dan Tee Jing Yi turut layak ke pusingan pertama selepas mengalahkan pasangan Jerman, Goliszewski Johanna dan Kaepplein Lara 21-8, 21-19.

Satu lagi pasangan Malaysia, Lim Peiy Yee dan Lim Peiy Zhean kalah kepada pasangan Indonesia, Dian Fitriani dan Nadya Melati 12-21, 12-21.

Bagi beregu campuran, pasangan negara Hoo Pang Ron dan Peck Yen Wei mara ke pusingan pertama selepas mengalahkan pasangan Indonesia, Ririn Amelia dan Lukhi Apri Nugroho 21-17, 15-21, 21-18.

Pusingan pertama yang bermula esok akan menyaksikan pemain nombor satu dunia dan juara bertahan kejohanan Datuk Lee Chong Wei bakal bertemu pemain nombor 14 dunia, Quseph Rajiv daripada England dalam acara perseorangan lelaki.

Kejohanan Siri Super Dunia ini yang menawarkan hadiah wang tunai USD600,000 bermula hari ini hingga 9 Julai. – BERNAMA

Tags: badmintonDaren Liew
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

19/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd