• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daesh Syria ‘Bengang’ Dengan Wanndy – Sumber

oleh Ahmad Albab
27/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Muhammad Wanndy Mohamed Jedi begitu terdesak untuk kekal dianggap sebagai pemimpin kanan operasi terkemuka kumpulan militan Daesh dari Malaysia dengan rangkaian pengganas sudah mula hilang kepercayaan terhadapnya.

“Dia gagal menjalankan beberapa siri serangan di Malaysia seperi yang dirancang. Ia menaikkan kemarahan pemimpin kumpulan itu di Syria dan Iraq,” kata sumber perisikan kepada The Star.

Antara serangan melibatkan kumpulan militan Daesh di negara ini adalah pengeboman di kelab malam Movida yang terletak di Puchong, Selangor pada Mei tahun lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan ia merupakan serangan Daesh yang pertama di Malaysia.

Serangan itu dipercayai dilakukan dengan arahan warga Malaysia, Muhammad Wanndy yang kini berpangkalan di Syria.

Lapan maut dalam serangan itu.

Pada bulan lalu, Khalid berkata Muhammad Wanndy sedang berusaha untuk melebarkan pengaruh Daesh di Malaysia.

Menurut sumber, Muhammad Wanndy mempunyai masa yang terhad untuk cuba dan menyakinkan pemimpin kumpulan itu di Syria mengenai keupayaannya dalam mengendalikan serangan keganasan.

“Dia diberi masa sehingga akhir tahun ini atau berdepan risiko statusnya sebagai pemimpin Daesh dari Malaysia dilucutkan,” kata sumber itu.

Sumber itu berkata susulan kegagalan tersebut, Muhammad Wanndy dikatakan akan melakukan apa saja untuk membuktikan keberaniannya dengan merancang serangan di beberapa lokasi sasaran di Malaysia.

Muhammad Wanndy yang berasal dari Durian Tunggal, Melaka dan isterinya berusia 26 tahun berlepas ke Syria pada Januari 2016.

Mereka dipercayai berada di Raqqa, Syria, kubu kuat militan Daesh.

Untuk memenuhi petunjuk prestasi utama (KPI) sebagai pemimpin kanan operasi Daesh dari Malaysia, Muhammad Wanndy dikatakan menggunakan bantuan penggodam dalam kalangan pemimpin Daesh dari Syria untuk menembusi rangkaian media sosial di negara ini.

“Dia telah berjanji kepada pemimpin Daesh bahawa dia dapat mencetuskan huru-hara di Malaysia dalam tempoh beberapa bulan akan datang,” kata sumber itu.

Dia menyasarkan individu yang mempunyai kecenderungan untuk membuat kenyataan berbaur perkauman atau mengkriti pemimpin menerusi laman Facebook.

“Dia cuba berbuat baik dengan mereka dalam talian dan apabila mendapat maklum balas, dia akan mula mempengaruhi individu dengan menyebarkan propaganda Daesh,” kata sumber itu lagi.

Menurut sumber, Bukit Aman kini dalam keadaan bersiap sedia untuk berdepan sebarang kemungkinan.

“Polis Malaysia tahu Muhammad Wanndy telah mewujudkan lebih 100 kumpulan dalam aplikasi WhatsApp yang anggotanya terdiri daripada pelajar di seluruh negara.

“Kumpulan WhatsApp itu diuruskan oleh penggodam dari Syria,” kata sumber.

Jelas sumber itu lagi, Muhammad Wanndy berusaha untuk membawa lebih ramai rakyat Malaysia menyertainya di Syria dengan menjanjikan bayaran gaji bulanan.

“Kira-kira 80% daripada individu yang berjaya dipengaruhinya terdiri daripada penagih dadah dan mereka yang suka menyendiri,” katanya.

Muhammad Wanndy difahamkan berdepan satu lagi tugas mencabar apabila terpaksa menghalang hampir 57 militan dari Malaysia untuk meninggalkan Syria.

“Mereka hilang kepercayaan dan menolak wang ditawarkan darinya untuk kekal di sana,” kata sumber itu. – mStar Online

Tags: DaeshMilitan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

18/05/2024
0

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan tahap keselamatan terkawal dengan pemantauan sentiasa dilakukan ke atas bekas anggota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd