• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chong Mahu Bertanding Pada PRU-14

oleh AK-47
21/04/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota Dewan Negara, Senator Datuk Chong Sin Woon hari ini menyatakan kesediaannya untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Bagaimanapun Ketua Pemuda MCA yang juga Anggota Dewan Negara itu berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada pucuk pimpinan MCA dan Barisan Nasional.

“Selaku ketua pemuda MCA saya perlu bertanding dan dipilih oleh rakyat untuk masuk ke Dewan Rakyat. Untuk itu (jika bertanding) saya perlu letak jawatan sebagai ahli Dewan Negara,” katanya.

Chong berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara bagi penggal kedua bersama tiga lagi senator, di bangunan Parlimen hari ini.

Berhubung isu lain, Chong yang juga Timbalan Menteri Pendidikan berkata kementerian memandang serius terhadap kegiatan penyalahgunaan dadah yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah dan akan bertemu dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi mengorak langkah membendung masalah tersebut.

Katanya kementerian juga telah menjalankan pemeriksaan mengejut dan ujian saringan air kencing terhadap pelajar di sekolah yang ‘berisiko tinggi’ dan didapati kes tersebut masih di bawah kawalan.

“Jika mereka (pelajar) didapati positif mengambil dadah kami (kementerian) akan berikan kaunseling. Itu SOP (prosedur operasi standard) kami. Untuk mereka yang dikesan membawa dadah pula kami akan bawa kepada pihak polis,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed pada 18 April yang menyatakan 825 daripada 23,583 pelajar sekolah menengah di seluruh negara yang menjalani ujian saringan air kencing, didapati positif dadah dalam tempoh suku pertama tahun ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Chong Sin WoonPRU-14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU15: BN Yakin Bentuk Kerajaan, Sokongan Lebih Baik Banding PRU14

PRU15: BN Yakin Bentuk Kerajaan, Sokongan Lebih Baik Banding PRU14

14/11/2022
0

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) yakin dapat membentuk kerajaan serta memperoleh majoriti mudah 112 kerusi pada Pilihan Raya Umum...

PRU-15: Turunkan Bendera PH Kerana Menutup Pagar Hadapan Muzium Negara

PRU-15: Turunkan Bendera PH Kerana Menutup Pagar Hadapan Muzium Negara

11/11/2022
0

Kuala Lumpur : Tindakan individu menurunkan bendera parti Pakatan Harapan (PH) di hadapan Muzium Negara, di sini, kerana pemasangan bendera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd