• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CGC Peroleh Hak Penamaan Stesen LRT Glenmarie

oleh
30/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyedia perkhidmatan pengangkutan awam, Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) menamakan semula stesen transit aliran ringan (LRT) Glenmarie sebagai stesen LRT CGC-Glenmarie selepas Prasarana Integrated Development Sdn. Bhd. (PRIDE) memberi hak penamaan kepada Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC).

Prasarana, dalam kenyataan hari ini, berkata selepas Bangsar, Bukit Bintang, dan Universiti, stesen Glenmarie menjadi stesen Rapid KL yang keempat digunakan di bawah program Hak Penamaan Stesen, yang menyediakan kelebihan kepada rakan kongsi yang dilantik untuk mengetengahkan jenama dan imejnya di kemudahan itu.

“Sebagai pemilik jenama stesen, CGC bukan hanya memiliki nama stesen itu, tetapi juga keistimewaan untuk mengecat stesen tersebut bagi mempromosikan jenama dan imejnya dengan menggunakan sepenuhnya bahagian dalaman bagi keperluan pengiklanan,” katanya.

Katanya sebagai sebahagian daripada kontraknya dengan PRIDE, CGC turut ditawarkan kiosk runcit untuk mengambil peluang daripada jumlah penumpang yang tinggi di laluan LRT Kelana Jaya, iaitu antara Gombak dan Putra Heights serta diintegrasikan dengan laluan LRT Ampang/Sri Petaling di stesen Masjid Jamek dan dihubungkan dengan Laluan Monorail di stesen KL Sentral.

“Pada masa akan datang, ia akan menjadi sebuah stesen yang bersepadu bagi Laluan LRT 3 (LRT3) yang baharu, iaitu antara Bandar Utama ke Johan Setia di Klang dan dijadualkan beroperasi pada 2020,” katanya.

Anak syarikat Prasarana, PRIDE mempromosi dan menguruskan program tersebut, yang pertama di Asia Tenggara, menawarkan syarikat atau jenama peluang untuk membida hak bagi mengubah sesebuah stesen untuk mencerminkan identiti dan nama korporat masing-masing.

Sebuah syarikat berhad yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 5 Julai, 1972, CGC ditubuhkan untuk memainkan peranan pembangunan bagi menyokong agenda pembangunan ekonomi negara dengan membantu perusahaan kecil dan sederhana yang mempunyai potensi berdaya maju untuk mendapat pembiayaan daripada institusi kewangan. – BERNAMA

Tags: CGC-GlenmariePrasaranaStesen LRT
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kim Kardashian Enggan Lagi Tayang Harta

Next Post

Terdapat Cubaan Ganggu Muktamar PAS Ke-63

Related Posts

Gangguan Operasi LRT: Prasarana Tuntut Pampasan RM38 Juta

Gangguan Operasi LRT: Prasarana Tuntut Pampasan RM38 Juta

17/02/2024
0

Kuala Lumpur : Prasarana Berhad (Prasarana) akan mengambil tindakan undang-undang dan menuntut pampasan RM38 juta terhadap pemilik dan pemaju hotel...

Lapan Mangsa LRT Bertembung Saman Rapid Rail, Prasarana

Lapan Mangsa LRT Bertembung Saman Rapid Rail, Prasarana

27/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Seramai lapan individu menuntut lebih RM860,000 sebagai ganti rugi khas daripada Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail)...

Next Post

Terdapat Cubaan Ganggu Muktamar PAS Ke-63

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd