• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bulan Melawat Kadamaian Tingkat Ekonomi Penduduk

oleh Ahmad Albab
02/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Program Bulan Melawat Kadamaian memberi manfaat besar dalam meningkatkan ekonomi penduduk setempat serta menjaga kekayaan khazanah alam semulajadi di kawasan berkenaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Beliau berkata menerusi program itu, komuniti setempat mempunyai platform untuk membantu mempromosi Kadamaian yang terletak di kaki Gunung Kinabalu, sebagai satu daripada destinasi eko pelancongan yang terkenal di Malaysia.

“Program Bulan Melawat Kedamaian merupakan usaha murni yang bakal melonjakkan sektor pelancongan luar bandar ke tahap lebih baik. Kadamaian memiliki tarikan tersendiri yang boleh dijadikan produk pelancongan.

“Antaranya eko pelancongan tagal Kampung Talungan yang setakat ini menerima kunjungan lebih 21,000 pelancong, Bukit Menunggui, bukit Bongol dan Kadamaian Ulu menyediakan kemudahan inap desa,” katanya ketika merasmikan pelancaran Bulan Melawat Kadamaian 2017, di Kampung Tambulion, dekat sini, hari ini.

Salleh berkata sambutan yang amat menggalakan daripada pelbagai lapisan masyarakat terhadap program berkenaan merupakan petanda baik bagi pembangunan industri pelancongan di Sabah.

“Kerajaan sentiasa mengalu-alukan kerjasama dan sokongan padu semua demi pembangunan dan peningkatan ekonomi negeri Sabah. Sehubungan itu, saya menyeru semua masyarakat untuk sama-sama berusaha menarik pelancong dari dalam dan luar negeri untuk datang ke Sabah, terutama ke daerah Kota Belud,” katanya.

Salleh berkata kerajaan Sabah menerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) juga akan meneruskan usaha untuk menggalakkan masyarakat menganjurkan aktiviti yang kreatif dan inovatif, yang dapat menarik ramai pelancong.

“Kerajaan juga bersedia menerima sebarang idea dan pandangan daripada masyarakat yang ingin bersama-sama memajukan ekonomi Sabah, khususnya dalam bidang pelancongan,” katanya.

Salleh berkata kementeriannya juga sentiasa berusaha menambah baik prasarana seperti mempertingkatkan talian kepada 3G dan 4G di seluruh kawasan Kota Belud.

“Oleh itu saya berharap masyarakat di Kota Belud khususnya mengambil inisiatif menggunakan kemudahan internet untuk mempromosi pelancongan yang ada di daerah ini, khususnya di kawasan Kadamaian,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said KeruakGunung KinabaluKadamaian
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tanjung Emas Waterfront Tarikan Baharu Muar

Next Post

Akim, Stacy Pertama Kali Tayang Wajah Eshaal

Related Posts

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

11/07/2024
0

RANAU: Seorang pelancong warga Singapura parah selepas tergelincir di kilometer 8.3, Summit Trail, ketika menuruni puncak Gunung Kinabalu, di sini,...

Suhu Bawah Paras Beku Di Puncak Kinabalu

Suhu Bawah Paras Beku Di Puncak Kinabalu

08/04/2023
0

KOTA KINABALU: Kawasan puncak Gunung Kinabalu dilaporkan mencatat suhu di bawah paras beku dengan bacaan antara negatif tiga hingga negatif...

Next Post

Akim, Stacy Pertama Kali Tayang Wajah Eshaal

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd