• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Elektrik Masih Terputus Di Selatan Thai

oleh
08/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PATTANI – Bekalan elektrik di sebahagian besar wilayah Pattani selatan Thailand masih terputus, sehari selepas serangan khianat terhadap lebih daripada 50 tiang elektrik di wilayah bergolak itu semalam.

Kerja-kerja pihak berkuasa untuk memulihkan semula bekalan elektrik di wilayah itu berjalan perlahan kerana terpaksa berdepan bahaya berikutan penemuan bom-bom yang gagal meletup daripada kejadian semalam.

“Usaha-usaha memulihkan sistem bekalan elektrik terpaksa mengambil masa yang agak lama kerana pekerja terpaksa berhati-hati dalam menjalankan tugas berikutan penemuan bom-bom yang gagal meletup,” kata Ketua Polis Pattani Mej Jen Piyawat Chalermsi hari ini.

Selain di Pattani, pekerja-pekerja syarikat utiliti tempatan turut menemui tiga butir bom berhampiran tiang-tiang elektrik di wilayah Narathiwat.

Dalam kejadian awal pagi semalam, lebih daripada 50 tiang elektrik di Pattani, Narathiwat, Songkhla dan Yala tumbang selepas dibom oleh individu tidak dikenali.

Kira-kira 40 butir bom buatan sendiri meletup dalam tempoh satu jam bermula 12 tengah malam, mengakibatkan sebahagian besar kawasan di empat wilayah bergolak itu bergelap kerana terputus bekalan elektrik.

Menurut Piyawat, banyak kilang terutamanya yang memproses hasil perikanan yang menjadi satu daripada sumber ekonomi wilayah itu terjejas akibat ketiadaan bekalan elektrik.

Sementara itu, Penolong Pengarah Pejabat Elektrik Negara di Pattani, Suthon Boonprasong berkata, kejadian serangan khianat semalam telah mengakibatkan kerugian 100 juta Baht (kira-kira RM12.6 juta).

Seorang penduduk yang enggan mendedahkan namanya berkata, serangan khianat itu meninggalkan kesan buruk terhadap kehidupan penduduk yang amat bergantung kepada bekalan elektrik.

“Ibu saya yang uzur dan terbaring di katil terpaksa bergelut kerana ketiadaan bekalan elektrik,” menurut beliau. – BERNAMA

Tags: Bekalan Elektrikletupan bom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

30/11/2024
0

ALOR SETAR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menafikan dakwaan akan memutuskan bekalan elektrik dari Anak Bukit ke Kepala Batas, Kubang Pasu...

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

07/05/2024
0

Kota Bharu : Dua rakyat Malaysia antara lapan individu cedera dalam kejadian bom motosikal di Jalan Phu Pha Phakdi, Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd