• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Barangan Kawalan Mungkin Diwujud Sebelum Bulan Puasa

oleh AK-47
27/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mungkin turut menguatkuasakan peraturan harga barangan kawalan sebelum bermulanya bulan Ramadan tahun ini, kata Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliu berkata langkah itu adalah berlainan daripada amalan sebelum ini di mana penguatkuasaan harga barangan kawalan biasanya dibuat sebelum hari raya dan selepas hari raya.

“Saya mempunyai strategi baharu tahun ini. Selalunya kita buat pada musim perayaan apabila hampir hari raya. Tetapi oleh kerana bulan puasa juga merupakan suatu (bulan) yang memerlukan barangan kawalan ini, maka saya akan membincangkan perkara ini.

“Saya akan umumkan (strategi ini) sebelum puasa,”katanya kepada pemberita selepas menutup program Taklimat Isu-Isu Kepenggunaan Semasa di Dewan Bankuasi, Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini.

Program yang dihadiri anggota-anggota Dewan Undangan Negeri turut hadiri Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Mengenai program taklimat hari ini, Hamzah berkata ia bertujuan untuk menjelaskan pelbagai dasar yang dilaksanakan kementeriannya kepada semua pihak termasuk wakil-wakil rakyat bagi memastikan dasar itu difahami sebaik-baiknya.

Katanya pada dasarnya semua dasar yang diperkenalkan kerajaan termasuk kementeriannya ialah demi kepentingan negara dan untuk membantu, memberi keselesaan serta kemudahan kepada rakyat keseluruhannya.

“Sebagai contoh, bila kita rasionalisasikan subsidi, bukan bermakna kita nak ambil (subsidi) sebab tak cukup wang dan sebagainya, tetapi untuk memastikan tidak ada pembaziran dan untuk membolehkan kita membangunkan infrastruktur untuk rakyat dan membantu rakyat,” katanya.

Hamzah juga menjelaskan bahawa kerajaan mempunyai formula tertentu untuk dilaksanakan apabila harga minyak di pasaran antarabangsa meningkat untuk memberi keselesaan kepada rakyat kesan kenaikan harga minyak berkenaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hamzah ZainuddinKPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pindaan Akta Tangani Penyeludupan Migran

21/02/2022
0

PUTRAJAYA: Penguatkuasaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2022 bermula esok diharap mampu menjadi penyelesaian terbaik menzahirkan usaha Malaysia...

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd