• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Australia Mula Jual Kurma Kepada Negara Arab Pula

oleh
13/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CANBERRA – Lazimnya buah kurma dijual oleh negara-negara Arab kerana tumbuhan itu memang berasal dari rantau Asia Barat dan Afrika Utara yang cuaca panas berpadang pasir sepanjang tahun.

Namun, sebuah ladang di Alice Springs, Wilayah Utara kira-kira 2,557 kilometer dari ibu kota Australia, Canberra mencipta sejarah apabila mengeksport kurma jenis matang atau disebut khalal ke beberapa negara Timur Tengah.

Menurut stesen tempatan, Perbadanan Penyiaran Australia (ABC), ladang kurma tersebut selama ini hanya setakat menjual produk kurma tuaiannya ke pasaran domestik khasnya di kawasan ramai majoriti penduduk Muslim.

Buat permulaan sebanyak 200 kotak kurma jenis barhi khalal yang biasanya berwarna kuning, telah dihantar ke Qatar dan Lebanon bermula awal tahun ini malahan ia dijangka meningkat menjelang bulan Ramadan depan.

Ben Wall, jurucakap perusahaan kurma Tamara Date Farm Cooperative memberitahu ABC bahawa jenis ini adalah satu-satunya jenis kurma yang biasa dimakan mentah begitu sahaja ketika masih lagi dalam tahap awal khalal.

“Kurma memiliki sekitar lima tahap kematangan, kebanyakan orang makan dalam tahap rutab dan tamar, yang warnanya coklat. Tapi jenis kurma barhi adalah yang boleh dimakan ketika tahap kematangannya khalal,” kata Ben.

Syarikat tersebut menyatakan penghantaran ratusan kotak kurma ke tanah tumpah kelahirannya memang tidak mudah dan ia ibarat menjual ais kepada orang Eskimo yang memang selalu makan ais di kawasan Kutub Utara.

Namun, ketika ini permintaan kurma sedang tinggi kerana rantau Timur Tengah belum lagi mengalami musim puncak tuaian buah matang sekali gus penawaran bekalan agak rendah sedangkan permintaan adalah amat tinggi.

“Di Timur Tengah, kelazatannya adalah ketika kurma itu masih berwarna kuning. Namun disebabkan belum lagi tiba musim penuaiannya, jadi keadaan sekarang sangat istimewa untuk Australia merebut peluang,” kata Ben.

Pokok kurma mula ditanam untuk dijadikan makanan di Asia Barat kira-kira 5,500 tahun Sebelum Masihi dan hari ini Mesir merupakan pengeluar terbesar di dunia untuk produk buah pilihan makanan sunnah Rasulullah SAW itu.

Beliau juga menjelaskan bahawa tekstur rasa kurma yang masih kuning ini sukar digambarkan. Jenis ini sangat popular di Hermannsburg, satu komuniti penduduk asli yang berada sejam perjalanan ke arah barat Alice Springs.

“Ia sangat kaya seperti inti kelapa dan buah pear, ada rasa kering tetapi ketika matang penuh, kandungannya sangat lembab. Ia cukup menyegarkan tubuh badan, luar biasa rasanya di lidah anda sendiri,” terang Ben kepada ABC.

Dari segi sejarah pula, masyarakat pribumi di Hermannsburg sendiri hanya makan jenis kurma tersebut dan tradisi lama itu kemudian diwariskan pula setelah mereka memiliki kebun kurma sendiri selama bertahun-tahun dahulu.

Penduduk tempatan tersebut yang lazim disebut sebagai Aboriginal dan dianggarkan seramai hampir 1,000 orang itu dilaporkan menerima 50 kotak dari Tamara Date Farm Cooperative dan mereka meminta lebih banyak lagi

“Ini adalah kurma pilihan bagi masyarakat asli yang sudah lama dibesarkan dengan kurma di gurun Australia, seperti orang Arab dari Timur Tengah, dan mereka selalu menunggunya sepanjang tahun,” kata Ben lagi.

Beliau seterusnya menambah, ladang kurma yang diuruskan syarikat tersebut memiliki bekalan yang cukup stabil sepanjang tahun ini, namun masalah serangan serangga perosak dan burung telah menjadi isu berbangkit.

“Populasi burung ketika ini sangat agresif. Mereka malah boleh membuka kantung plastik yang melindungi pelepah buah kurma, entah bagaimana ia cekap membolosi masuk ke dalam dan terperangkap di antara kurma,” jelas Ben.

“Selalu memang ada kerugian, setiap tahun kita cuba dapat hasil lebih baik tetapi masih ada kerugian minimum di sebalik kita tidak ingin lihat burung terperangkap dalam kantung,” ujarnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: AustraliaKurma
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

V Shem-Wee Kiong Mara Ke Suku Akhir Terbuka Singapura

Next Post

Program Vokasional Sekolah Menengah Harian Diperkemas

Related Posts

Polis Gagalkan Cubaan Seludup Syabu RM1.06 Bilion Ke Australia

Polis Gagalkan Cubaan Seludup Syabu RM1.06 Bilion Ke Australia

21/03/2025
0

PELABUHAN KLANG: Polis menggagalkan cubaan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas merampas 33,200 kilogram (kg) dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM1.062...

2 Maut Pesawat Ringan Terhempas Di Australia

2 Maut Pesawat Ringan Terhempas Di Australia

05/01/2025
0

SYDNEY - Dua individu maut dalam nahas pesawat ringan di pantai timur Australia di utara Sydney, lapor Xinhua. IKUTI CHANNEL...

Next Post

Program Vokasional Sekolah Menengah Harian Diperkemas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd