• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Astro Jamin ‘GGV’ Patuh Landasan Islam

oleh Ahmad Albab
16/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PIHAK Astro akan memastikan program Gema Gegar Vaganza (GGV) mematuhi dan menghormati batasan-batasan ditetapkan agar ia tidak lari daripada landasan Islam.

Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, pihaknya mengambil kira setiap aspek berhubung penerbitan pertandingan nyanyian lagu-lagu berunsur ketuhanan itu dalam menjaga sensitiviti masyarakat.

“Menghasilkan program ini adalah cabaran kerana konsep program hiburan Islamik tidak pernah lagi kami hasilkan sebelum ini.

“Apa yang boleh dijanjikan adalah Gema Gegar Vaganza akan mematuhi dan menghormati batasan bagi sebuah program Islamik walaupun ia berbentuk hiburan dalam menjaga sensitiviti masyarakat.

“Ini termasuklah pergaulan di antara hos dan peserta selain aspek pemilihan lagu agar ia sesuai dengan konsep pertandingan.

“Tujuan kami adalah untuk menyampaikan dakwah dan mesej positif dengan menggunakan pendekatan baru bagi menarik penonton khususnya golongan muda dalam mendekati agama,” katanya kepada mStar Online.

Astro Jamin 'GGV' Patuh Landasan Islam
Mirwana antara mendapat perhatian penonton.

Raqim mengulas mengenai kritikan hebat segelintir pihak terhadap konsert minggu pertama Sabtu lalu yang merasakan GGV mempunyai banyak kelemahan termasuk tidak berlandaskan Islam yang sebenar.

Malah ada yang mempertikaikan pemilihan lagu untuk konsert minggu kedua yang rata-ratanya karya dari genre rock dan bukan lagu nasyid.

Menjawab mengenai perkara itu, Raqim berkata, tema yang diangkat pada minggu kedua adalah Dalam Lagu Ada Makna dan walaupun kebanyakan lagu bukan nasyid ia masih berkonsepkan ketuhanan dan kerohanian.

“Pemilihan lagu itu adalah sebagai satu cabaran kepada peserta tetapi seperti tema minggu kedua iaitu Dalam Lagu Ada Makna, semua lagu yang dipilih ada maksud tersirat walaupun ia bukan daripada genre nasyid.

“Bagaimanapun pihak produksi terbuka terhadap sebarang perubahan daripada segi susunan lagu dan lirik oleh peserta sekiranya merasakan ia tidak bersesuaian,” katanya.

Antara lagu dipersembahkan ialah Hijjaz (Srikandi Cintaku – Bloodshed), Azmi Saat (Redha – Irfan Haris), Hafiz Hamidun (Relakan Jiwa – Hazama), UNIC (Hijau Bumi Tuhan – XPDC) dan Mirwana (Satu – Dewa 19).

Astro Jamin 'GGV' Patuh Landasan Islam
Raqim Ahmad.

Manakala Wani (Bila Diri Disayangi – Ukays), Saujana (Ketulusan Hati – Anuar Zain), Ana Raffali (Suci Dalam Debu – Iklim), Izam EYE (Seruan – Lefthanded) dan Bienda (Sejati – Faizal Tahir).

Dalam pada itu, Raqim berkata, GGV bukan sahaja ingin memartabatkan irama nasyid dalam kalangan penonton yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu tetapi juga memberi peluang kepada artis nasyid dalam menghidupkan kembali karier seni mereka.

“Kejayaan Gegar Vaganza yang memperlihatkan karier artis-artis lama kembali menyinar, kami di Astro tergerak hati untuk melakukan perkara sama terhadap penyanyi nasyid.

“Bagaimanapun kami perlu mencipta satu platform baharu untuk penyanyi nasyid kerana tidak sesuai rasanya mereka hendak sertai Gegar Vaganza.

“Sebab itu kita wujudkan Gema Gegar Vaganza sebagai ruang kepada mereka merancakkan kembali karier seni menerusi lagu-lagu nasyid,” jelasnya.

Gema Gegar Vaganza didakan secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, di ibu negara setiap Sabtu pada pukul 9 malam.

Ia turut disiarkan menerusi saluran Astro Oasis (106). – mStar Online

Tags: astrogema gegar vaganza
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jumlah Penonton Astro Melonjak Semasa PKP

01/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Jumlah penonton TV Astro meningkat sebanyak 43 peratus manakala masa harian yang dihabiskan untuk menonton melonjak 30...

Perlawanan MU Tidak Disiar Di Saluran Kartun

08/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Bertenang penyokong Manchester United!  Perlawanan melibatkan juara Liga Perdana Inggeris 20 kali itu tidak akan disiarkan menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd