• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS Gugur Bom Bukan Nuklear Terbesar Di Afghanistan

oleh
16/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Diberi gelaran sebagai Mother Of All Bombs (Ibu Kepada Segala Bom), tentera Amerika Syarikat (AS) berjaya menggugurkan sebutir bom bukan nuklear terbesar di dunia.

Menurut media tempatan, ia memang direka khas untuk menyasarkan sebuah kompleks militan pengganas Daesh di Afghanistan, dan pengeboman itu disahkan Jabatan Pertahanan AS atau Pentagon di sini.

Presiden AS, Donald Trump dalam satu kenyataan reaksi balasnya turut menyifatkan misi pengeboman mustahil tersebut sebagai “satu lagi kejayaan” kepada keunggulan kuasa besar dunia berkenaan.

Dirujuk sebagai GBU-43/B, bom itu disahkan memusnahkan sebuah “kompleks terowong” di daerah Achin di wilayah Nangarhar, menurut Angkatan Tentera AS – Afghanistan dalam satu kenyataan.

Pengeboman itu berlaku pada 7.32 malam waktu tempatan (10.32 malam waktu Malaysia) Khamis. Dianggarkan terdapat kira-kira 700 anggota Daesh di sekitar kawasan kubu kuat militan berkenaan.

Bom tersebut secara kebetulan sebenarnya menggunakan kod rujukan Massive Ordnance Air Blast (MOAB) atau nama lainnya ialah Mother Of All Bombs (Ibu Kepada Segala Bom).

“GBU-43/B adalah bom bukan nuklear terbesar yang pernah digunakan dalam mana-mana pertempuran,” kata jurucakap Tentera Udara AS, Kolonel Pat Ryder kepada agensi berita AFP.

Jurucakap Pentagon, Adam Stump menjelaskan bahawa memandangkan saiz bom itu adalah amat mega, MOAB hanya boleh digugurkan dari sebuah pesawat tentera MC-130 jenis Hercules.

Ini kerana ia memiliki berat kasar kira-kira 10,000 kilogram dengan panjangnya sahaja hampir 10 meter. Bom itu sebenarnya pernah diuji sebanyak dua kali pada 2003 lalu di Florida, AS.

Jeneral John Nicholson, yang menerajui Pasukan Tentera AS – Afghanistan, menyifatkan bom itu sebagai “senjata yang paling sesuai” bagi memusnahkan terus kubu-kubu rahsia Daesh.

Pengeboman bersejarah AS semalam itu dijangka mampu mengekalkan momentum terhadap pertahanan para militan di rantau tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: AfghanistanDaeshNuklear
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Skandal Kaya Luar Biasa: Adam Rosly Direman 5 Hari

Next Post

Tertembak Diri Ketika Tayang Pistol Di Instagram

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Penurunan Pengeluaran Dadah Di Afghanistan Tingkatkan Penggunaan Dadah Sintetik Baharu

Penurunan Pengeluaran Dadah Di Afghanistan Tingkatkan Penggunaan Dadah Sintetik Baharu

27/06/2024
0

VIENNA : Agensi dadah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam memberi amaran bahawa penurunan dalam pengeluaran dadah di Afghanistan mungkin meningkatkan...

Next Post

Tertembak Diri Ketika Tayang Pistol Di Instagram

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd