• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ani Mayuni Tak Tergamak Buat Pembedahan Muka

oleh AK-47
27/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WALAUPUN kebanyakan artis wanita seusianya sudah terpaksa membuat pelbagai rawatan wajah bagi mengekalkan keremajaan penampilan mereka, namun Ani Mayuni, 38, belum terfikir untuk mengikuti jejak langkah mereka.

Ani atau nama penuhnya Aishah An Nur Osman, berkata beliau tidak berani melakukan perkara sedemikian kerana ia perbuatan yang dilarang oleh agama Islam.

“Saya cuba mengelak daripada melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran agama.

“Saya tidak berani untuk membuat suntikan Botox atau pembedahan wajah semata-mata untuk kelihatan cantik.

“Saya rasa, wajah saya sekarang sudah pun cukup cantik. Saya juga tidak mahu wajah saya menjadi sama dengan orang lain,” katanya.

Kata penyanyi dangdut itu lagi, beliau lebih selesa menjaga kulit wajah dengan mengamalkan pengambilan makanan tambahan dan jamu buatan sendiri.

Sementara itu, sepanjang Ramadan ini Ani bakal bergandingan dengan Kelly Azman untuk membuat persembahan di Hotel Royal di ibu kota.

Ani berkata, dia akan menyanyikan lagu-lagu bersesuaian dengan bulan suci itu menghiburkan tetamu selepas berbuka puasa di hotel berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ani mayuni
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd